BAB 9

Romance Completed 6686

“Tapi dia tak sukakan saya” Apa yang harus aku jawabkan soalan Wana ni. Buntu.

“Habis tu, awak nak saya buat apa, Wana?”

“Lepaskan Is, Lia. Please, Lia” Wana memegang lembut tanganku. Dia merayu. Titisan air matanya jelas kelihatan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku berdoa dalam hati. Mohon diperkuatkan iman. Aku sudah mula mencintainya, Ya Allah. Jangan ambil Is dari aku.

“Lepaskan Is?”

“Ya, Lia. Saya janji saya takkan ganggu hidup awak. Saya tahu awak terpaksa bertunang dengan dia”

“Awak ingat Iskandar akan setuju kalau saya buat macam ni?”

“Saya tak pasti, tapi sejak akhir-akhir ni dia seolah mengelak dari jumpa saya, Lia. Tolong saya Lia. Saya tak boleh hidup tanpa dia”

“Baik Wana, kalau itu yang awak mahukan” Betapa lirihnya hati aku mendengar rayuan Wana. Buntu. Yang pastinya Wana benar-benar mencintai Is. Betulkah apa yang aku lakukan ini?

Meninggalkan Is hanya kerana rintihan Wana? Tegarkah aku yang bernama wanita, melihat kesengsaraan Wana demi kebahagiaanku sendiri? Aku kesian melihat Wana sebenarnya.

Is pernah cerita tentangnya. Wana anak yatim dan miskin. Dia merupakan anak angkat. Lebih-lebih lagi Wana merupakan pesakit yang dalam proses untuk pulih dari sakit jiwanya. Dia memerlukan sokongan.

Malam itu sebenarnya Is mengajakku makan bersamanya. Tapi aku tidak datang. Maafkan aku, Is. Aku pura-pura tidur ketika ibu menolak lembut pintu bilikku.

Seperti ku duga, Is pasti mencariku di rumah. Telefonku berbunyi. Entah beberapa kali. Lantas aku offkan. Adilkah aku, Is? Tanpa aku sedari, mutiara jernih jatuh berderaian di pipiku.

Malam itu, aku menangis sepuasnya. Menangis kerana kekalahanku mempertahankan cinta Is. Aku tatap lama potretnya yang tergantung di bilikku.

Aku sudah siapkan potret Is. Is..maafkan aku. Maafkan aku kerana mencintaimu. Maafkan kerana melukai hatimu. Semoga awak bahagia dengan Wana.

Keesokan harinya pula aku menerima bungkusan yang tertera namaku. Lantas aku bukakan kertas pembalutnya dan mendapati beberapa keping gambar dan sekeping cakera padat di dalamnya. Luluh hatiku bagai dihempas kaca saat ini apabila terpandangkan gambar seseorang yang amat kukenal. Is! Dan perempuan di sebelahnya, Wana.

Sandiwara apakah yang sedang Is mainkan ini? Aku capai laptop dan memasukkan cakera padat ke dalamnya. Ya, Allah! Is dan Wana. Mereka berdua tidur di hotel.

Ya, aku pasti. Mesra benar perlakuan dalam CD itu. Ya, Allah dugaan apakah ini? Buat kesekalian kalinya, hati ini merintih pedih. Ya, Allah lukanya hati aku saat ini. Dan buat kesekaliannya titisan panas menitis di pipiku. Bengkak mataku barangkali.

Minggu itu, abah tiada di rumah. Outstation di luar negeri. Hanya tinggal aku dan ibu. Aku hanya memerap di dalam bilik. Malas. Aku ingin bersendirian saat ini. Menyepikan diri dari dunia luar. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Perlahan pintu itu ditolak.

“Lia, Is nak jumpa”.

“Ibu, Lia tak nak jumpa dia. Please, bu” Ibuku hanya mengeleng. Aku dimarahi abah kelmarin ketika memintanya membatalkan perkahwinan aku dan Is.

Abah seorang yang menepati janji. Kata perlu dikota, janji pula perlu ditepati. Itu prinsip abah. Persiapan perkahwinan sedang giat dijalankan. Hanya tinggal sebulan.

Sekali lagi pintu bilikku diketuk. Tapi kali ini kedengaran suara lelaki. Ah..Is. aku pantas mencapai tudung dan menyarungnya. Aku berbaring di hujung katil. Is masuk tanpa disuruh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience