BAB 5

Romance Completed 6686

“Aku tak dapat datang la. Hujan lebat ni”

“Okay. Roger, Lia”

“Kau uruskanlah apa yang patut kat galeri tu”

“Okay, jangan risaulah. Haikal pun ada ni”

“Okay”

Tinggal sehari sahaja lagi, Galeri Sri Cendana akan dibuka selama dua hari kepada orang ramai.

Hari seterusnya, galeri itu akan di ambil alih oleh Ben, seorang pelukis terkenal yang merupakan pemilik sebenar galeri itu. Kami cuma membantunya tapi Ben pernah kata yang kami boleh terus bekerja dengannya selepas graduasi.

“Nah”

“Apa ni?” Soal Iskandar

“Tiket ke galeri Sri Cendana.Kalau-kalau awak berminat untuk melihat hasil lukisan dan potret”.

“Oh..tapi kenapa dua keping?”

“Awak bawa la kawan, taklah bosan nanti”

“Okay Lia. I try my best to come”

“Kalau awak datang, mesej saya. Nanti saya tunjukkan awak lukisan dan potret yang ada”

“Okay, boleh gak saya tengok kehebatan tunang saya melukis”

“Jangan terlalu memuji”

Seperti yang dijanjikan aku melihat kelibatnya dari jauh. Iskandar bersama seorang perempuan. Seksi dan agak manja perlakuannya. Mereka berpegangan tangan. Ah..aku hanya membiarkan. Kenapa aku tak rasa cemburu? Kenapa tiada seulit rasa marah ketika melihat mereka? Entah. Mungkin aku tidak merasai getaran cinta itu. Aku lihat Iskandar melambai ke arahku. Aku membalas. Iskandar meleraikan ikatan tangannya setelah menyedari aku merenungnya.

“Lia, cantik hiasan galeri ni”

“Thanks Is”

“Ha, kenalkan. Ni Wana. Kawan saya. Wana ni Lia..Alia. Tunang saya”

” Hai Wana. Nice to meet you”

“Oh…nilah Lia. Tunang Iskandar. Cantik.”

“Saya biasa saje, Wana pun apa kurangnya. Cantik juga” Kawan? Kawan apakah yang berpegang tangan sambil melingkar di pinggang Iskandar.

Pertemuan itu menimbulkan rasa tidak senang hati. Adakah Iskandar tidak jujur? Siapakah aku sebagai tunangnya? Aku meninggalkan mereka berdua. Malas aku melihat kegedikkan Wana.

Ahh…gatal. Tapi kalau tak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Iskandar juga sama sahaja. Aku rasa seperti dipermainkan. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Biarlah Iskandar mencari aku.

Malam itu deringan handphoneku berbunyi beberapa kali. Tertera nama Iskandar. Aku biarkan segala mesej dan telefon itu tidak ku angkat. Aku biarkan tidak berjawab. Penat la.

Mengingatkan adegan-adegan panas Iskandar dan Wana membuatkan aku rasa tertipu. Inikah sikap Iskandar yang sebenarnya?

“Lia, sapa perempuan yang datang dengan Iskandar semalam?” Soal Ros kepadaku.

“Kawan katanya. Nama dia Wana. Kenapa Ros?”

“Takde la, mesra semacam je aku tengok. Kau tak risau ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience