BAB 2

Romance Completed 6686

Mereka juga terpaksa menghadapi sikap tegas abah. Mungkin kerana aku anak bongsu. Tapi, abah tiada istilah tolak ansur dalam kamus hidupnya. Kalau hitam katanya, maka hitamlah dan begitu juga sebaliknya.

Namun abah ni, aku respect la. Mungkin bukanlah seorang yang romantik, namun kebajikan keluarga kami dijaga dengan baik. Abah ketua keluarga yang tegas dalam mendidik.

Dan mungkin sejarah keluarganya menyebabkan dia berhati-hati dalam memilih pasangan hidup untuk anak-anaknya. Kulihat kak Anisah bahagia bersama suaminya, abang Zaki dan kedua-dua permata mereka. Ahmad Faiz dan Ahmad Rayqal.

Begitu juga dengan abang Imran, abangku. Dia juga bahagia bersama kak Maisarah. Dan bakal menerima cahaya mata sulung mereka. Abah agak tegas denganku berbanding abang dan kakakku. Entah.

“Abah”

“Ha, Lia. Macam mana?”

“Ya abah. Aku mengangguk lemah. Abah buatlah yang terbaik, Lia ikut je. Mana yang baik bagi abah, baik jugalah bagi Lia”

“Macam tu la anak abah”

Kulihat abah dan ibu tersenyum lebar. Fahamkan mereka tentang hati dan perasaanku? Apa yang aku mahukan. Cita-cita untuk menjadi seorang pelukis masih lagi jauh.

“Nanti ibu bawakan gambarnya, Lia”

“Okay ibu”

“Lia, mereka jemput kita makan malam di rumah mereka. Esok. Pastikan Lia ada di rumah”

“Baik abah. Sepatah itu yang mampu aku katakan. Ibu, Lia nak keluar dengan Ros kejap”

“Lia, bawa kereta elok-elok”

Aku dan Ros merupakan sahabat baik sejak memasuki universiti lagi. Sekarang, kami berdua di tahun akhir pengajian. Ada projek yang perlu disiapkan. Galeri seni perlu disiapkan untuk mempamerkan hasil lukisan pelajar-pelajar Art and Design. Bahan-bahan masih lagi kurang.

“Woi, Lia! Jauh menung?”

“Ros, kau dah tak reti bagi salam ke?” Aku mencebik, membuat rupa marah.

“Alah, maafkan patik puteri Alia Hamdan” Ros menyusun kemas jarinya tanda memohon maaf. Lucu juga mukanya. Aku pura-pura marah.

“Beta maafkan, wahai dayangku”

“Dayang? Eh Lia, muka punya cantik macam aku ni boleh jadi dayang je?”

“Laa…aku gurau je”

“Dah la. Melalut pulak kita. Bahan lukisan tak cukup lagi nih. Jom cari”

“Jom”

“Tapi kenapa ek, aku tengok kau macam jambatan tak siap je.Tak happy je”

“Happy? Happy la ni” Aku tersenyum hambar.

“Tak la, Lia. Citerlah” Ros mendesak.

“Sebenarnya, abah terima pinangan untuk aku. So,aku kena kahwin dengan orang yang aku tak kenal”

“Kahwin? Biar betul?”

“Betul, Ros. Tiada yang lebih betul daripada abah aku tu”

“Tahniah, Lia. Semoga kau bahagia. Sapa nama dia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience