BAB 3

Romance Completed 6686

“Thanks, Ros. ISKANDAR. Tu la nama dia”

“Tapi kenapa kau monyok je, macam mati laki je. Rasanya belum kahwin lagi.”

“Abah tu la. Perlukah mengaturkan perkahwinan aku? Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Zaman dulu boleh la. Tapi sekarang….”

“Abah kau tu mahukan yang terbaik untuk kau, Lia” Ros pantas memintas kata-kataku. Mungkin benar abah mahukan yang terbaik untuk jadi menantunya. Mungkin juga aku merasakan perkahwinan atas dasar keluarga tidak relevan. Mungkin kolot barangkali.

“Lia, kau percaya pada cinta?”

“Cinta? Entah. Aku bukan macam kau, Ros. At least kau dah kenal sapa Haikal tu. Semua tentang dia dalam kocek kau je. Dan aku tahu, Haikal cintakan kau”.

“Tak semestinya tak bahagia, Lia. Walaupun kau tak kenal dia. Kau tengok contoh terbaik. Parent’s kau. Kan bahagia tuh.”

“Ya, bahagia.” Ibu sebenarnya takutkan abah.

Mungkin hormat pada pandangan ibu, tapi pada aku mereka berdua macam orang zaman dulu-dulu. Pemikiran bahawa perempuan mesti duduk di rumah, mesti jaga anak-anak dan tak boleh bekerja.

Perempuan mesti ikut kata lelaki. No compromise. Kadang-kadang aku tengok abah macam menggunakan kuasa veto ke atas ibu. Zaman dah berubah sekarang tapi abah? Entahlah.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Pertemuan di rumah Iskandar kelmarin amat menyenangkan. Itu aku akui. Dia tampak tampan dengan baju melayunya. Kulitnya putih berbeza dengan kulitku. Aku agak kekuningan langsat.

Ya, renungan matanya. Bisa menikam dan menembusi jiwa-jiwa yang diulit rasa cinta. Pandangan yang bermakna. Mungkin ditujukan kepadaku. Hampir tak tertelan nasi di tekakku kerana dia menjeling tajam ke arahku. Bagaimana hendak mengenalinya? Aku berfikir sendirian.

“Awak, Alia?” Iskandar bertanya kepadaku sejurus kami ditinggalkan berdua di ruang tamu. Dia mengambil kesempatan untuk mengenali aku. Barangkali. Aku juga menggunakan kesempatan yang ada untuk lebih mengenalinya. Siapakah Iskandar yang sebenarnya di sebalik kaca mata yang dipakainya?

“Ya, saya Alia. Panggil Lia je”

“Saya Iskandar. Haris Iskandar” Aku sudah maklum akan namanya sebelum ini. Ibu yang beritahu.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?” Aku bertanya kerana aku hanya melihat uncle Nasharuddin dan untie Rozana sahaja yang ada bersama Iskandar ketika makan sebentar tadi. Hanya mereka bertiga tinggal di rumah banglo ini.

“Saya anak sulung dari dua orang adik beradik. Yusmarina tengah belajar di luar negara. She’s taking International Business in Business School. Awak?”

“Saya anak bongsu. Ada 3 orang, kakak dan abang. Semua dah berkahwin.”

“Oh…bongsu. Manja la ni”

“Manja? Taklah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience