BAB 8

Romance Completed 6686

Tapi apa boleh buat bila Iskandar sendiri menyetujuinya. Aku menolak pada mulanya. Pada hari persandingan itu, Iskandar merenungku lama. Ah..rasa tidak senang pula diperhati sebegitu.

Mungkin aku comel kot. Hehe…habis sahaja persandingan, Iskandar mengajakku makan bersamanya.

“Jom makan, sayang” SAYANG?? Dia memanggilku sayang. Adakah benar atau bermimpi?

“Makan, jom. Lapar gak ni”

“Cantik awak hari ni”

“Terima kasih. Kenapa tengok saya macam tu?”

“Saja. Nak tengok awak puas-puas. Comel gak awak ni. Kalau senyum kan cantik, jangan masam je, nanti berkedut”

“Alah, kalau dah tua, awak cari je yang lain”

“Taknak lah. Saya nak awak je. Yang lain saya tak nak. Kalau tua pun, saya tak kisah. Janji awak!”

Hehe..macam aku pula yang berkahwin hari ni. Iskandar nampaknya tidak kekok menguruskan meja-meja dan menolong membasuh pinggan. Aku penat.

So, duduk je la. Tolong tengok. Iskandar menjadi tumpuan para gadis pada hari itu. Tak dinafikan, tunangku memang kacak. Hehe..puji tunang sendiri. Kadangkala cemburu juga apabila tunangku sendiri menjadi tumpuan. Jangan curi Is sudahlah.

Hehe…aku mulai mencintainya. Mungkin. Rindu jika tidak bertemu. Adakah dia merasa seperti perasaanku? Entah. Sikapnya sukar diramal, kadang-kadang caring dan kadang-kadang membiarku meneka perasaannya.

“Awak tak penat ke?”

“Sikit je lagi ni. Lepas ni kita balik”

Aku mengangguk perlahan. “Nah, air”

“Terima kasih” Perlakuanku menjadi perhatian dua pasang mata. Haikal dan Ros.

“Amboi, romantiknya. Betul tak Haikal?”

“Betul la Ros. Sayang, ambilkan abang air” Aku menunduk. Iskandar hanya tersenyum. Hehe..apa la Ros dan Haikal ni. Sempat juga mengusik aku dan Is. Haikal mengajuk perlakuanku. Malu. Pipiku terasa bahang.

Aku meneruskan melukis potret Iskandar di galeri Ben. Menyudahkan potret ini dan mewarnanya. Kedatanganku disambut baik oleh Ben.

Sesekali Ben mengusik. Katanya aku dilamun cinta. Potret Iskandar aku lukis dengan teliti. Tidak tinggal sedikitpun wajahnya ku lukis. Tiba-tiba terasa bahuku disentuh lembut, aku menoleh.

“Eh..awak. Wana kan? Kawan Iskandar”

“Ya, saya. Cantik lukisan awak, Lia”

“Terima kasih, Wana”

” Saya sebenarnya nak berbincang sesuatu dengan awak, boleh kita pergi minum?”

“Bincang? Kejap, saya tukar apron dulu” Potret Is aku biarkan sementara. Apalagi yang Wana mahukan. Entah. Aku ikut rentaknya.

“Saya sukakan Is” Gadis ini terlalu berterus-terang. Robek hatiku saat ini. Mendengar pengakuannya yang tulus. Begitu berani dalam meluahkan isi hati.

“Saya tahu, Wana”

“Macam mana awak tahu?”

“Wana, saya pun wanita. Sama seperti awak. Melalui pandangan mata awak, saya tahu awak sukakan dia”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience