BAB 4

Romance Completed 6686

Sesedap rasa je mengatakan aku manja. Adakah rupaku yang agak baby face menampakkan aku baru berumur 18 tahun? Mungkin juga kerana aku sering disakat oleh juniorku sendiri.

Aku melewati sekeliling ruang tamu. Kulihat gambar-gambar yang tergantung di dinding. Rupanya Iskandar merupakan seorang doktor. Segak mengenakan jubah doktor.

Sijilnya juga menyatakan dia merupakan lulusan Ireland University. Dan dia lebih menjurus kepada psychology doktor. Hebat pencapaiannya. Adakah ilmu agamanya sehebat dengan sijil-sijil yang tergantung?

Soalan demi persoalan terjawab. Dia berumur 30 tahun. Dan persoalanku kini terjawab seusai aku dan keluargaku berimamkan Iskandar ketika keluarganya bertandang ke rumahku.

Dan aku yakin, dia bukan calang-calang orangnya. Aku akui pilihan abah memang tepat. Tak dapat disangkal lagi. Cuma adakah cinta di hatinya untuk aku? Dan adakah aku mampu mencintainya?

“Lia, saya nak tanya sikit”

“Apa?”

“Adakah awak setuju dengan pertunangan ini? Please be frank with me, Lia”

Aku hanya mengangguk. “Awak?”

“Pada mulanya saya tak bersetuju, tapi lepas saya tengok awak, fikiran saya berubah”

“Berubah? Kalau awak nak tahu, abah yang merancang jodoh untuk adik-beradik saya. Kakak dan abang saya juga sama. Semua abah yang pilihkan. Kami tak dibenarkan membuat pilihan sendiri.” Aku menerangkan kedudukan sebenar.

“Oh…macam tu pula. Saya ingatkan awak gadis manja macam budak kecil. Tapi saya silap. Awak nampak manis malam tu. Sedondon dengan saya mengenakan baju berwarna hijau muda. Cantik”.

Aku tersipu malu. Aku hanya mampu tunduk mendengar pujiannya.

“Biasa saje. Saya pun tak sangka baju saya sedondon dengan awak”

“Iskandar, ke sini kejap” Ibuku memanggil Iskandar

“Ya, untie”

” Untie mahu bercakap sedikit tentang Lia ni” Aku berlalu pergi setelah melihat pandangan ibu. Entah apa yang mahu dibicaranya dengan Iskandar sampai aku tidak boleh dengar.

“Iskandar, untie harap didiklah Lia sebaik mungkin. Tegurlah apa yang patut. Lia anak bongsu kami. Manja sikit.”

“Baik untie, saya faham”

Aku hanya melihat dari jauh mereka berborak. Sesekali Iskandar hanya mengangguk. Butir bicaranya tidak aku dengari.

Aku selamat ditunangkan dengan Iskandar selepas 2 minggu kedatangannya ke rumahku. Tempoh pertunangan 6 bulan. Dan dalam pada masa yang sama, aku dan Ros sibuk menguruskan galeri seni kami.

Atas tuntutan Iskandar sebagai seorang doktor, dia juga tidak mempunyai kesempatan untuk menemuiku. Aku berpindah ke rumah kerana peperiksaan telah tamat. Kami hanya perlu menjayakan pameran galeri seni ini dan menjual hasil lukisan beserta potret.

Hasil pembelian akan disalurkan ke tabung Art and Design Club untuk dana aktiviti kelab dan persatuan. Semester lepas persatuan itu telah mengadakan rombongan ke Kuala Gandah di Pahang.

Namun, aku tidak dapat pergi kerana tuntutan assignment yang berlambak. Pagi itu cuaca mendung dan hujan tiba-tiba turun.

“Assalamualaikum, Ros”

“Waalaikummussalam, Lia. Kenapa call aku?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience