BAB 1

Romance Completed 6686

Aku terima nikahnya Alia Binti Hamdan dengan mas kahwinnya RM 80 tunai. Sah! Serentak para saksi menjawabnya. Kini Alia telah selamat bergelar isteri kepada Iskandar.

Walaupun perkahwinan itu merupakan rancangan keluarga, namun andai takdir telah menentukannya tiada siapa bisa mengubahnya. Cinta itu suci. Ibarat kain putih yang bersih.

Perkahwinan pula merupakan satu perkongsian. Berkahwin bukan dua atau tiga kali tapi diharapkan hanya sekali dalam seumur hidup. Kedua-dua mempelai nampak sama padan dengan sepasang baju kurung dan baju melayu berwarna putih sempena hari pernikahan mereka.

Berbagai dugaan diterima semasa bertunang, mereka kini lebih matang dalam menguruskan kehidupan selepas berumah tangga.

“Lia”

“Ya, abah”

“Abah ada hal nak beritahu kamu ni, duduk kejap”

Suatu petang yang hening, ketika aku diminta pulang ke rumah. Ibu kulihat hanya mendiamkan diri. Belum pernah aku diminta pulang kecuali ada hal yang penting.

“Ada apa abah? Macam penting je”

Aku anak bongsu. Kak Anisah dan abang Imran sudah mendiami rumah masing-masing. Mereka sudah berumah tangga. Yang tinggal hanya aku.

“Sebenarnya, kami berdua menerima pinangan untuk kamu”

“Hah? Pinangan?”

Aku terkejut. Baru tadi aku menerima berita tentang Ros yang bakal berkahwin di kampusku. Sekarang berita ini lagi mengejutkan.

“Ya, Lia. Pinangan untuk kamu”

“Tapi abah, Lia kan masih muda, masih belajar”

“Itu kami tahu, Lia. Tapi abah takut kamu terjebak dengan perkara-perkara tak elok.”

“Kenapa abah tak beritahu Lia sebelum abah dengan ibu terima pinangan tu?”

Aku sedikit kecil hati melihat sikap diktaktor abah. Ibu pula pasti menyokong suaminya itu. Ah..tiada siapa pun berani membantah kata abah.

“Kalau kami beritahu, pasti Lia kata tak nak”

Ibuku mengeluarkan kata-katanya sekian lama mendiamkan diri.

“Pasti banyak alasan kamu, Lia. Bila lagi kamu nak bersedia kalau sepatah orang cakap, sepuluh patah kamu jawab.” Abah berkata dengan nada kerasnya.

“Beri Lia masa”

Akhirnya aku mengalah. Aku mungkin tinggal di rumah sewa bersama teman yang lain, tapi aku tidak terjebak dengan sikap liar seperti Allen dan Lucy.

“Abah beri masa, tapi ingat. Jangan sesekali malukan abah dan ibu. Kami dah terima pinangan untuk kamu”

“Baik abah”

Aku berlalu ke bilik. Perlukah perkahwinanku diaturkan pada abad ke 21 ni? Aku mengomel sendirian. Perkahwinan kan penyatuan dua hati, perlu sefahaman. Perlu hormat-menghormati antara satu sama lain.

Malam itu aku berfikir panjang. Kahwin atau tak? Sebenarnya, sama ada aku berfikir atau tak, aku tetap kena kahwin. Abah, siapa berani lawan dia. Nasibku sama seperti abang Imran dan kak Anisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience