BAB 10

Romance Completed 6686

“Lia” Aku lihat ibu ada di luar pintu bilikku. Pintu itu didedahkan, dibiarkan terbuka. Kulihat wajah Is sugul. Dia terpandangkan potretnya di dinding bilikku. Penuh tanda tanya di mukanya.

“Kenapa datang cari saya?”

“Untie kata awak tak sihat, demam. Awak tak makan dari pagi kan”

“Jangan peduli pasal saya, boleh Is? Mind your own business”. Aku memalingkan muka dari menghadap mukanya. Jijik.

“Lia, kenapa ni? Apa salah saya?” Kenapa nak batalkan perkahwinan ni?” Bertalu soalan yang keluar dari bibir merah itu.

“Nah! Awak tengoklah sendiri. Tolong balik, saya tak nak jumpa awak” Kepalaku pening saat itu. Berpinar-pinar dan aku lihat sekelilingku berpusing. Mata semakin kelam dan tidak berdaya untuk dibuka. Kabur.

Sedar-sedar aku berada di hospital. Aku tersedar, namun aku pura-pura tidur. Is di sisiku. Suara itu perlahan, memuntahkan sesuatu namun butirannya jelas. Dia mengatakan sesuatu.

“Lia, maafkan Is. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku masa saya pergi seminar kesihatan tu. Wana perangkap saya. Dan gambar tu, tipu semata-mata. Saya tak bergambar dengannya. Saya menyesal Lia. Maafkan saya. Saya akui, saya dah mula cintakan awak. Dulu lagi, masa first time saya tengok awak. Saya dah jatuh hati dengan awak, Lia. Bila saya ternampak awak melukis potret saya, time tu saya dah yakin, awak tercipta untuk saya. Awaklah orangnya. Cinta awak terlukis dalam hati saya. Beri saya peluang kedua, Lia. Please, Lia”. Is tunduk, menekur lantai.

“Peluang kedua?”

“Eh…awak dah sedar” Aku sengaja berbuat begitu. Mengujinya. Air mata lelaki itu tumpas tatkala menginsafi perbuatannya dan memohon pengertian daripadaku. Aku terharu.

“Ya, saya dah sedar, dari tadi lagi” Is terpana, mungkin terkejut mendengar pengakuanku.

“Jadi…awak?”

“Ya, Is, saya dengar segalanya”

” Lia….”

“Ya, Is” Aku lihat keluargaku dan keluarganya memerhatikan gelagat kami berdua di sebalik pintu. Memberikan kami privasi. Dan di hadapan keluargaku…Is

“Alia binti Hamdan”

“Ya, Is”

“Sudikah awak menyempurnakan hidup saya, saat ini dan untuk selamanya? Membina istana cinta bahagia bersama saya? Mewarnai dunia saya dengan cinta awak?

“Sudi”

Aku terharu mendengar pengakuan tulusnya. Ikhlas. Air mata kegembiraan itu menitis jua. Keluargaku dan keluarganya menjadi saksi.

Cinta itu terpatri. Dan Wana meminta maaf atas kesilapannya. Dia tak mampu memiliki hati Is. Dia akur, cinta Is bukan untuknya.

Tapi untuk aku. Terima kasih Is. Aku kini percayakan cinta itu milikku dan Is. Berita itu amat menggembirakan.

Lebih-lebih lagi aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat majalah tempatan. Sejak itu, aku sentiasa percayakan cinta. Pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience