BAB 7

Romance Completed 6686

“Maaf, Is”

“Okay, saya maafkan kali ni. Mulai hari ini, awak kena percayakan saya. Boleh?”

“Saya akan cuba yang terbaik”Perhubungan itu jernih kembali. Iskandar, aku sedang belajar mengenalimu.

Sementara menunggu jawapan temuduga, aku melukis di galeri Ben. Bosan kerana tiada apa yang boleh aku lakukan tika ini. Perlahan tanganku menggerakkan rupa seseorang.

Aku terfikirkan Iskandar saat ini. Bagaimanakah dia? Sihatkah? Aku melukis raut wajahnya. Gambarnya tidak aku perlukan kerana aku mengingati setiap inci wajahnya. Perawakannya nampak lembut, namun panas baran barangkali.

Renungannya tajam seolah-olah memperlihatkan sesuatu. Namun, sukar difahami hati lelaki itu. Aku terleka mengingati kata-kata Ros. Adakah cinta hadir dalam hatinya? Adakah dia dapat meneka hati aku?

“Hei, Lia. Awak ingat sapa tu?”Aku terkejut. Kelihatan Iskandar di belakangku. Dia tersenyum. Manis senyumannya.

“Eh, awak Iskandar. Awak buat apa kat sini?”

“Jengok awaklah. Ibu kata awak kat sini” Tanganku pantas menutup potret Iskandar dengan kain. Dia terlihat barangkali.

“Oh, awak tak kerja hari ni?” Soalku.

“Tak, saya off hari ni. Nak ajak awak keluar makan”

“Kejap, saya bersihkan tangan”

“Potret sapa tu? Boleh saya tengok?”

“Tak..tak siap lagi, Is. Baru lukis mukanya, nanti dah siap saya beri awak tengok”

“Okay, takpe. Lain kali je saya tengok” Sikapnya memahami dan tidak memaksa. Itulah kelebihannya. Mungkin.

Kami makan di restoran berdekatan. Dia seorang yang suka ketawa barangkali. Bibir merah itu suka melemparkan senyuman lebar sehingga ternampak lesung pipit di pipinya.

Dia tidak merokok, kerana bibirnya yang merah itu. Senyumannya pasti membuatku tidak keruan. Alah…bagaikan dipanah dewa asmara pula. Hehe…terasa bahagia dan selamat di sisinya.

Adakah ini cinta? Aku merenungnya. Menjamah setiap inci wajahnya. Tidak sedar pula dia melambai tangan kanannya ke arahku. Dia berdehem kecil.

“Ehem…” Lantas mematikan lamunanku.

“Sorry….Is” Aku menunduk. Menekur lantai. Lama.

“Dah sampai mana cik Lia? Ingat kat sapa? Takkan ingat kat saya kot…saya kan depan awak ni”

“Maaf”

“Kenapa tenung saya?”

“Awak marah ke, Is?”

“Taklah…saya suka. Suka sangat. Macam tu la. Awak kan tunang saya”

Alamak, nakal pula si Is ni. Aku jatuh cinta padanya barangkali. Hehe…cinta itu berputik. Takut juga rasanya kerana dia tidak pernah berterus terang mengenai perasaannya yang sebenarnya kepadaku.

Mungkin juga dia terpaksa dengan ikatan pertunangan ini. Atas pilihan keluarga. Mungkin juga.

Ros dan Haikal akan bernikah hujung minggu ini. Aku dan Iskandar diminta menjadi pengapit mereka. PENGAPIT!! Macam tak percaya je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience