< Bab 1 >

Family Series 3539

"Ora, kau nak pergi mana lepas ni?" Rakan sekerja merangkap sahabat baik Aurora menyoal sambil mengintai disebalik komputer.

"Entahlah, Syeera. Kenapa? Kau ada idea ke nak pergi mana?" Jawab Aurora tanpa mengalih pandangan dari komputer. Dia mempunyai beberapa kertas kerja yang perlu disiapkan sebelum tamat waktu kerja.

"Teman aku makan jom."

"On je. Kau nak makan mana?"

"Aku teringin stik. Tiba-tiba pula aku teringin." Syeera sudah membayangkan aroma stik medium rare kegemarannya tetapi bayangannya terhenti apabila Aurora tidak memberi respon. Jika tidak, Aurora akan menambah lagi perasa dalam bayangan masing-masing jika menyebut tentang makanan.

"Hello, is anyone there?" Syeera memandang Aurora yang masih kusyuk menghadap komputer sambil laju jari-jemarinya mengetik keyboard. "Aurora!"

"Iye, aku dengar. Kau teringin makan stik medium rare kau tu. Tapi bagi aku siapkan kerja ni dulu. Sesaat kau kacau aku, sesaat aku lambat siapkan natang alah ni."

"Tu bukan masalah aku. Kau punya perangai dari dulu suka buat kerja last minute. Lepas tu, kelam kabut." Syeera mengomel. Aurora cuba untuk mengendahkan Syeera tetapi sempat juga dia menjelirkan lidahnya kearah Syeera tanda mengejek.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setibanya mereka disebuah cafe makanan barat, tanpa melihat menu mereka mula memesan makanan masing-masing. Mereka berdua kerap menjamu selera di cafe ini sehinggakan sudah tahu apa yang ingin dipesan.

"Ora, comel jugak kat waiter tadi. Mesti baru kerja. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Alahai, terasa kenyang pula aku tengok muka dia." Ujar Syeera sambil menongkat dagu melihat pelayan lelaki yang mengambil pesanan mereka tadi.

Aurora hanya tersenyum sambil melihat telefon bimbitnya setelah seharian sibuk dipejabat. "Bukan kau dah jumpa ke Mr. Perfect kau. Tak kan nak tambah calon lagi kot."

Syeera yang dari tadi menongkat dagu terus duduk menegak memandang Aurora. "Hello Miss Aurora Shamimi. This is totally mainstream. Kau yang kuno. Setia pada satu konon. Entah-entah si Hazwan kesayangan kau tu ada perempuan lain belakang kau. Kau bukan tahu dia buat apa."

Kata-kata Syeera membuatkan Aurora terdiam sejenak. Ada betulnya apa yang dikatakan. Hubungan antara dia dan Hazwan makin lama makin berentakan. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka. Walaupun sudah lebih dari tiga tahun, mereka masih tidak memahami satu sama lain. Dimana silapnya?

"Tak apalah. Kalau dia nak cari lain dipersilakan. Buat apa kita nak pertahankan sesuatu yang bukan milik kita. Kan?"

Syeera mengangguk sahaja, setuju dengan apa yang dikatakan Aurora. Dia tersedar kata-katanya terlebih. Dia tahu betapa kuatnya sayang Aurora terhadap Hazwan. Tetapi, sebagai sahabat baik Aurora dari zaman bangku sekolah hingga alam pekerjaan, Syeera tidak mahu Aurora kecewa lagi.

NurHanis Asyeera. Sahabat baik dan peneman kepada Aurora. Mereka berdua gagal melanjutkan pelajaran diuniversiti yang sama tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat consultant yang sama. Mereka juga menyewa rumah yang sama. Adakalanya, mereka bertengkar. Tetapi cuma sementara waktu sahaja. Mereka memang sahabat dunia dan akhirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience