< Bab 5 >

Family Series 3539

Anuar memberhentikan kereta dihadapan rumah mereka. Lalu Syeera terus berlari keluar. Sambil berlari-lari anak, Syeera memesan "Kau tunggu kejap, Nuar. Aku tak tahan nak pergi tandas ni."

Aurora dan Anuar menunggu di luar. Tidak elok untuk mengajak lelaki bukan muhrim masuk kedalam rumah.

"Benda apa kau nak bagitahu tadi?" Aurora menyoal berkenaan perbualan tergantung di restoran tadi.

"Sebenarnya, aku dah berhenti kerja."

"What? Why?"

Tertawa Anuar apabila melihat riak terkejut Aurora. Tetapi, diubahnya ke wajah serius apabila melihat Aurora yang masih terkejut. "Kau jangan fikir aku kena buang kerja sebab masalah disiplin. Dulu masa sekolah aku macam budak jahat. Tapi zaman kerja ni tak."

Barulah riak wajah Aurora berubah. Dengan sabar Aurora menanti penerangan Anuar.

"Aku dah dapat polis." Aurora menjerit keriangan tetapi dihalang Anuar.

"Ora, dah malam ni. Jangan la kuat sangat."

"Sorry tapi aku happy sangat kau dah dapat. Berapa tahun dah kau tunggu. Tahniah, Nuar. Nanti kau dah sarung uniform tu kau jangan lah lupakan aku dekat sini."

"Mana boleh aku lupa dekat kau. Sembilan tahun aku kenal kau. Ingat senang boleh lupa." Anuar memegang tangan Aurora dan menarik kearahnya dengan perlahan. "Tapi bukan tu je aku nak kau tahu." Anuar menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya. "Aku nak kau jaga diri."

"Kenapa orang asyik pesan jaga diri? Tadi kakak aku. Ni kau pula."

"Aku nak pergi ni Ora. Aku minta sangat kau jaga diri kau, jaga makan kau. Aku takut kalau apa-apa jadi dekat kau tapi aku tak tahu sebab enam bulan aku tak boleh pegang telefon."

"Kau jangan risaukan aku, Nuar. Syeera ada teman aku. Dekat rumah dia ada. Dekat tempat kerja pun dia ada. Aku akan selalu ada teman. Hazwan pun ada."

"Hazwan..." Bagaikan tersekat di kerongkong, Anuar tidak mampu berkata apa. Cemburu, sakit hati, kecewa, geram, marah terhadap lelaki itu.

Aurora perasan nada Anuar apabila menyebut nama Hazwan. "Kenapa kau cakap macam tu?"

"Kau boleh harap ke dekat dia? Masa kau sihat ni dia tak ada, masa kau sakit jangan mimpilah."

"Apa masalah kau? Aku dengan Hazwan OK jelah."

"Kau tanya aku apa masalah aku? Kau patutnya tanya diri kau apa masalah kau dengan dia. Dia tak sayangkan kau macam aku sayangkan kau. Dia tak kenal kau macam aku kenal kau."

Aurora cuba melangkah masuk kedalam rumah. Tetapi tindakannya lebih awal dapat dibaca Anuar. Anuar segera menarik tangan Aurora. Anuar menyelak lengan baju Aurora, menampakkan parut torehan di lengannya.

"Ni, kau ada toreh lagi kan baru-baru ni."

Aurora menyentap kembali tangannya. "Tak. Tu parut lama." Aurora cuba melangkah menjauhi Anuar tetapi Anuar menarik dia semula. Dia mengalihkan pandangan kearah lain, tidak mahu Anuar perasan air matanya sudah bergenang.

"Ora, kau ingat aku tak tahu ke mana parut lama kau dengan parut baru? Aku tahu apa yang jadi dekat kau dulu buat kau jadi macam ni. Kau tak percayakan sesiapa, kau jadi takut dengan bayang-bayang kau sendiri. Hari tu, Syeera bagi tahu aku kau mimpi lagi kan pasal dulu?" Anuar berhenti seketika apabila melihat Aurora yang semakin seksa menahan tangisan.

"Hazwan seksa hidup kau. Aku tak nak dia buat apa-apa lagi dekat kau."

"Hazwan tak seksa aku. Kau yang seksa aku dengan ingatkan balik zaman dulu."

"Habis tu, yang dia belasah kau haritu kau panggil apa? Kebahagiaan? Kesenangan? Ora, nasib baik aku ada masa tu. Kalau tak, aku tak tahu dia pukul kau teruk mana lagi."

Anuar tersedar dia sudah melebih apabila terdengar esakan Aurora. Walaupun perlahan, tetap jelas kedengaran dek kesunyian malam.

"Aku tak minta kau balik dekat aku. Tapi, please tinggalkan Hazwan. Kau dah terseksa separuh hidup kau. Jangan tambah lagi." Anuar mengesat air mata Aurora. "Tunggu aku balik. And aku akan tolong hilangkan kemurungan kau. Aurora aku akan bahagia balik macam dulu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience