< Bab 4 >

Family Series 3539

Aurora masuk semula kedalam pejabat setelah hampir 10 minit bercakap di telefon diluar. Dia tidak mahu keriuhan dia berbual bersama kakaknya menganggu rakan sekerjanya yang lain.

"Panas betul dekat luar tu. Nasib baik dalam pejabat ni ada air-cond." Adu Aurora.

"Baru panas dunia. Belum panas akhirat lagi, Ora." Afifah menyampuk. Afifah dikenali sebagai 'Si Mulut Kepoh' kerana kelantangan suaranya. Walaupun dia bercakap seperti biasa, tetapi kuatnya bukan seperti biasa.
"Sentap aku, nok." Balas Aurora dengan sinis. "Satu lagi, tak payah la jerit-jerit. Cakap biasa-biasa sudah." Aurora memerli Afifah.

"Aku memang cakap macam nilah." Afifah menaikkan sedikit suaranya. Rakan sekerja yang lain sudah ketawa kecil.

"Your poor husband." Giliran Syeera pula mengusik Afifah sehingga Afifah menjengus.

Aurora menghempaskan dirinya diatas kerusi. Dipandang skrin telefon bimbitnya, kosong.

"Siapa telefon kau tadi?" Syeera menyoal . Kedudukan mereka berhadapan antara satu sama lain, memudahkan mereka untuk terus berbual sambil menyiapkan kerja masing-masing.

"Kakak aku, Kila. Dia nak pergi jalan-jalan dengan kawan dia hujung minggu ni. Dia tanya apa aku nak as a souvenir. Lepas tu ada la pesanan-pesanan dia yang lain."

"Pesanan apa? Pesanan terakhir?"

"Choi mulut kau, Syeera." Seraya Aurora membaling pen sehingga terkena tepat di muka Syeera. Syeera menjeling dan membaling semula pen itu tetapi Aurora berjaya tangkap dengan kemas. "Pesan jaga solat, jaga diri, jaga mak ayah.... banyak lagi lah."

"Haa, sebelum aku terlupa. Nuar ajak lepak malam ni. Dia baru mesej aku tadi."

"Pukul berapa?"

"Lepas maghrib."

"On."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seperti yang dijanjikan, Anuar tiba dihadapan rumah Aurora dan Syeera pada jam 8 malam. Mereka mula bergerak menuju ke sebuah restoran makanan barat. Selesai memesan makanan, mereke bertiga mula berbual.

"Kau baru dapat gaji ke sampai nak belanja kami ni?" Syeera menyoal Anuar apabila dia menyatakan dia akan membayar makanan mereka. Siapa tak suka orang belanja kan?

"Tak adalah. Gaji haritu punya ada lagi." Anuar berhenti sebentar apabila pelayan meletakkan air diatas meja. "Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu." Anuar berhenti sekali lagi apabila dikejutkan dengan separa jeritan Syeera.

"Beb, kau tengok lelaki dekat hujung tu. Tu bukan ke pelayan hensem dekat kedai stik favourite aku?" Aurora segera berpaling melihat lelaki yang ditunjuk Syeera. "Beb, dia dah ada awek beb. Kecewanya aku."

"Kau nak kecewa kenapa? Kau baru jumpa dia sekali. Sekali ye. Itu pun sebab dia serve table kita. Kalau tak, dia tak akan sedar kewujudan kau." Aurora membebel.

"Tu lah yang buat aku sedih. Kalau dia tengok aku betul-betul mesti dia sanggup tinggalkan perempuan tu." Syeera menutup mukanya dengan tapak tangan. Syeera memang begini, agak dramatik tetapi lucu dalam masa yang sama.

"Kau jangan mengada boleh tak Syeera? Aku bagitahu Shahrul karang." Anuar pula bersuara. Dia tahu Syeera akan berubah perwatakan apabila mendengar nama lelaki itu.

Syeera yang tadi menutup muka segera meletakkan jati telunjuk dibibirnya dan riak wajahnya juga berubah. "Shh, kau jangan sebut nama jantan tak guna tu."

"Jantan tak guna tu lah yang kau sayang dulu." Anuar cuba lagi untuk menyemarakkan keadaan. Lucu apabila melihat Syeera bermati-matian menidakkan kewujudan Shahrul yang sebelum ini pernah menduduki takhta teratas dalam carta hati Syeera.

"Shhh, jangan kau ungkit kisah lama. Tu zaman sekolah. Tak matang lagi. Mana tahu apa tu cinta, sayang dan rindu." Syeera masih lagi cuba untuk menang. Memang naluri perempuan untuk menang dalam setiap perbalahan.

"Ala, Syeera. Kau tak ingat ke dulu kita dating berempat. Kau dengan Shahrul. Aku dengan Ora. Kau dah lupa ke?"

"Ora, tolong tampar muka dia kejap bagi dia senyap. Aku taknak ingat kisah lama. La la la la la la...." Syeera mula menekup telinganya. Tidak ingin lagi dia mendengar kenangan yang sengaja Anuar ingatkan.

Aurora pula hanya tersenyum melihat mereka berdua. "Aku sokong Syeera. Tak perlu kot nak ingat zaman tak matang tu."

"Kadang-kadang kena ingatkan juga sebab kita nak orang tu tahu betapa sayangnya kita dekat orang tu."

Aurora terpana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience