< Bab 7 >

Family Series 3538

"Syeera, kau nampak phone aku tak?" soal Aurora sebaik sahaja Syeera muncul dimuka pintu biliknya."

"Tak. Kau letak mana?" Syeera pula menyoal Aurora.

Aurora yang dari tadi mencari sekeliling rumah, berhenti dan memandang Syeera dengan wajah bengis. "Kalau aku tahu aku letak mana, tak adanya aku nak mencari sampai macam ni." Syeera sudah malu alah. Ternyata dia silap bertanya soalan.

"Kejap aku ambil phone aku. Aku nak call. Mesti ada bunyi. Barulah senang tahu kat mana dia." Syeera memberi cadangan tetapi reaksi Aurora masih tidak berubah.

"Baguslah kau ni. Kenapalah aku tak terfikir dari tadi." Aurora berhenti seketika. "Oh, lupa. Phone aku silent! Kalau tak dari tadi aku dah minta phone kau!"

"Janganlah marah. OK OK aku tolong." Syeera turut sama mencari. Bagi orang lain, mungkin sudah terasa hati jika Aurora meninggikan suara. Tetapi bagi dia, perkara itu biasa dan dia tidak pernah ambil hati jika Aurora ada terkasar bahasa.

Tidak sampai seminit, Syeera berhenti mencari. "Ora. Kau dah tengok bawah sofa?"

Aurora menggeleng. Syeera terus menunduk dan berdiri semula. Di tangannya, sebuah telefon bimbit.

"See!" Kata Syeera dengan kuat. Telefon itu bertukar tangan.

"Syukur Alhamdulillah. Jumpa juga."

"Aku dah cakap. Kau tak boleh hidup tak ada aku. Phone tu pun nak aku juga cari. Kalau nak harapkan kau sampai esoklah tak jumpa." Syeera melabuhkan punggung diatas sofa dengan muka yang berlagak.

Aurora tersenyum melihat Syeera. Terus dipeluknya. "Thanks, hun. You are the best!"

"I know. Dah berambus. Aku nak tengok tv." kawalan jauh dicapai, dan ditekan-tekan sehingga Syeera jumpa siaran yang menetapi kehendaknya. Aurora pula melangkah perlahan masuk kedalam bilik sambil melihat skrin telefonnya.

"36 misscalls? Banyaknya."

Baru sahaja Syeera jumpa drama Korea di kaca televisyen, raungan kuat dari dalam bilik Aurora mengejutkan Syeera. Dia segera berlari menuju kebilik Aurora.

"Ora, kenapa?"

"Kakak aku dah tak ada."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience