< Bab 2 >

Family Series 3539

"Happy Anniversary yang ketiga, sayang." Ucapan yang disertakan sekali sejambak bunga ros merah.

Tersenyum Aurora sambil menerima sejambak bunga dari kekasih hatinya itu. "Terima kasih awak. Saya ingat awak dah lupa." Dihidunya, wangi. Terasa bahagia hatinya apabila dilayan sebegini.

"Mana boleh saya lupa. Saya bangun awal hari ni, semata nak suprisekan awak. Akhirnya, saya dah nampak muka awak lepas bangun tidur. Tak sememeh betul." Hazwan mengusik. Sempat juga dia mencuit hidung Aurora. Rancangannya untuk membuat kejutan semperna hari ulang tahun mereka yang ketiga pagi itu berjalan lancar. "So, awak nak dating dengan saya tak hari ni?"

"Mestilah nak. Dah lama kita tak dating kan. Masing-masing asyik sibuk je. Lagi pun...,"

Belum sempat Aurora menghabiskan ayatnya, Syeera keluar dari bilik dengan rambut yang kusut masai. Tangan kanannya mengaru kepala manakala tangan kiri menggosok-gosok matanya. "Perlu ke pagi-pagi nak buat bising? Hari ahad bagi lah can aku nak tidur lama sikit." Tanpa menunggu balasan, Syeera terus melangkah menuju ke dapur. Apa yang ingin dibuatnya tidak tahu.

Aurora mengembalikan pandangannya kearah Hazwan yang masih tegak berdiri. "Bagi saya bersiap dulu. Lepas tu awak datang ambil saya."

"OK, sayang. Saya pergi dulu." Hazwan mengucup lembut dahi Aurora sebelum melangkah pergi.

Walaupun sudah empat bulan berlalu, kehangatan sentuhan Hazwan masih lagi terasa. Air mata Aurora perlahan-lahan mengalir dari hujung matanya. Seingat dia, itulah kali terakhir Hazwan dan dia bahagia. Sejak daripada itu, mereka berdua seperti anjing dan kucing, ada sahaja yang mereka tengkarkan.

"Ora, kau OK?"

"Menyedari Syeera dibelakang, Aurora segera mengelap air matanya yang mengalir. "Aku OK."

Syeera melabuhkan punggung diatas sofa, berhampiran Aurora. "Aku nampak kau termenung dari tadi. Duduk depan TV tapi TV tak buka. Kau fikir pasal apa sebenarnya?"

Aurora diam membisu. Fikirannya masih terbayang akan Hazwan. Ingin sekali dia memutarkan masa dan membetulkan segala yang silap agar dia dan Hazwan kekal bahagia.

"Let me guess. Kau fikir pasal Hazwan, kan?"

Aurora pura-pura terkejut dengan tekaan Syeera. "Wow, genius!"

"Jangan sarcastic sangat. Lagi pun siapa lagi boleh buat kau termenung macam ni. Dah sah-sahlah pasal mamat tu kan."

"Entah lah, Syeera." Aurora kembali menyandar disofa.

Syeera segera merapati Aurora. "Apa yang buat kau serabut ni? Cuba kongsi dekat aku."

Aurora mengeluh panjang.

"Ora, aku tahu kau ada trust issue. Tapi boleh tak, for once, jangan masukkan aku dalam list kau?"

"Aku takut."

"Kau takut apa? Takut aku nak pecah rahsia kau, buka aib kau dekat semua orang?"

"Aku takut kalau Hazwan tahu siapa aku sebenarnya." Tangisan Aurora terus berhambur. Syeera menarik Aurora merapatinya, membiarkan Aurora menangis dalam pelukannya. Diusap lembut belakang badan Aurora.

Masakan Syeera lupa akan zaman remaja mereka berdua. Segala susah senang bersama. Pelbagai imej semasa zaman muda mereka bermain di fikiran.

Aurora bangkit semula dari pelukan Syeera. Dikumpulkan segala sisa kekuatannya, "Aku tak berani nak bagitahu dia. Aku taknak dia tinggalkan aku. Aku sayangkan dia. Tapi, sooner or later, dia tetap akan tahu."

"Kau kena juga bagitahu dia. Macam mana kalau dia dapat tahu sendiri, contoh, ada orang yang sampaikan dekat dia."

"Tapi, kalau aku bagitahu sekarang pun dah terlambat. Tiga tahun aku sorokkan dari dia. Dia tetap akan mengamuk. Aku tak sanggup." Semakin kuat tangisan Aurora.

"Ora, kalau dia tak boleh terima kau, that is his lost. Semua orang buat kesilapan. Tapi, apa yang membuatkan seseorang tu istimewa adalah bagaimana dia bangun semula untuk membetulkan kesilapannya. One day, you will meet a guy who loves you just the way you are."

Aurora memeluk sahabat baiknya. "Terima kasih, Syeera."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience