< Bab 3 >

Family Series 3539

Jam sudah menunjukkan 3 pagi tetapi Muhammad Afiq Hazwan gagal melelapkan matanya. Mungkin sudah terlepas waktu tidurnya, agak sukar untuk dia tidur dengan nyenyak.

Dicapai telefon bimbit yang berada diatas meja sisi katilnya, dan mengomel seorang diri. "Pukul 3 dah ni. Teruklah aku esok nak pergi kerja. Baik tak payah tidur terus."

Dia membuka aplikasi Fac dan terjumpa satu post berkenaan jodoh.


'Aurora'

Fikirannya terus teringat akan Aurora. Seorang gadis yang masih setia padanya. Walaupun pernah beberapa kali Aurora minta untuk berpisah, Hazwan tidak mampu untuk melepaskannya.

Hazwan juga sedar, mereka sudah kurang menghabiskan masa bersama-sama. Salah satu faktornya, jadual kerja Hazwan semakin padat sejak dinaikkan pangkat sebagai Supervisor di kilang yang dia berkerja.

Hazwan terimbas kembali semasa dia pertama kali berjumpa dengan Aurora. Mereka berkenalan di Fac, dan setelah beberapa bulan barulah Aurora setuju untuk bersua muka.

Dia menaip sesuatu di skrin telefon bimbitnya dengan laju. 'Belum sampai masanya lagi untuk aku lepaskan dia.'

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Anuar cuba mengejar Hazwan yang sudah jauh dihadapan. Anuar terus berdiri dihadapan Hazwan membuatkan Hazwan berhenti berjalan.

"Kau dah kenapa tercungap-cungap ni? Lari dari hantu ke siang-siang ni?" Hazwan dan rakan mereka, Firdaus ketawa.

Anuar menggeleng. "Aku nak jumpa kau lah. Dari pagi tadi aku cari." Anuar cuba membetulkan nafasnya yang agak keletihan. Merata dia mencari Hazwan.

"Stamina kau dah kong ni. Lari sikit dah semput." Firdaus mengusik.

"Bukannya aku lari dari tandas kat belakang tu." Kata Anuar sambil menunjuk tandas yang berada lebih kurang 30 meter dari mereka. "Dari line tadi aku lari sebab ada orang cakap kau dekat sini."

"Ni kau dah jumpa aku. Kau nak apa?"

"Aku nak bagi tahu kau harini aku last day. Aku..." Belum sempat Anuar menghabiskan ayatnya, Firdaus menyampuk.

"Kau dah kena pecat ke?"

"Taklah. Kau ni, bagilah aku habis cakap dulu. Sekali aku bagi karang." Ugut Anuar sambil menunjukkan penumbuknya dihadapan muka Firdaus.

"Sorry sorry. Teruskan." Tersengih Firdaus.

"Aku dah bagi notis 24 jam sebab aku dah dapat polis. Dua minggu lagi aku pergi rekrut."

Hazwan dan Firdaus menjerit kegembiraan. Firdaus terus memeluk Anuar. Orang disekeliling hanya melihat telatah mereka bertiga, kehairanan.

"Tahniah, Anuar. Lepas ni boleh lah kau tolong setelkan saman aku." Firdaus mengusik sekali lagi.

"Ewah, banyak cantik muka kau." Anuar mencekak pinggangnya seolah-olah ibu yang memarahi anaknya.

"Itu je ke kau nak bagi tahu aku? Macam tak boleh bagi tahu dalam Whatsapp je." Hazwan memeluk badannya, dia seakan tahu bukan itu sahaja perkara penting yang ingin disampaikan Anuar.

"Itu satu. Satu lagi, aku nak minta izin kau sebab aku nak ajak Aurora keluar malam ni. Yelah, kau kan kawan aku tapi dia pun kawan aku juga." Berubah sedikit riak muka Hazwan apabila mendengar permintaan Anuar. Tidak dapat disangkal, Hazwan memang seorang yang kuat cemburu. Kalau boleh, ingin sahaja dia mengurung Aurora didalam rumah hingga tiada siapa boleh rapat dengannya. Tetapi, dia tidak berdaya kerana dia sendiri yang membuatkan hubungan mereka retak seperti itu.

"Pergi jelah, Nuar. Tak kan aku nak marah. Korang dah berkawan dari zaman sekolah. Jangan risau. Aku OK."

"Aku cuma tak nak korang gaduh disebabkan aku." Perlahan sahaja kata-kata Anuar tetapi mampu didengari Hazwan dan Firdaus. Firdaus memandang Hazwan yang berubah sepi.

"Kalau bukan disebabkan kau pun, kitorang tetap akan gaduh. Kau janganlah risau." Hazwan cuba tersenyum tetapi hanya senyuman tawar sahaja dapat diukirkan.

"Terima kasih, Hazwan. Kau jangan lah fikir bukan-bukan. Bukan aku dua orang je dengan dia. Syeera pun ada sekali." Kini giliran Anuar pula mengusik Firdaus. Membulat mata Firdaus mendengar nama gadis pujaan hatinya. Mereka tahu Firdaus menyimpan perasaan terhadap Syeera tapi malu untuk meluahkan. Dan mereka tidak terkejut jika Syeera juga menyimpan perasaan yang sama. "Jangan cemburu ye, abang." Ketawa Anuar sambil berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience