< Bab 8 >

Family Series 3538

Urusan pengebumian telah selesai. Atas permintaan kedua-dua belah keluarga, Shakila dan suaminya dikebumikan didalam satu liang lahad di kampung halaman Aurora.

Aurora dari tadi hanya mampu mendukung Ashikin yang tidak berhenti menangis. Lenguh dibahu tidak terasa dalam keadaan sedih. Ibu Aurora, Puan Shamsiah sudah beberapa kali pengsan tidak sedarkan diri dari jenazah tiba hinggalah dikebumikan.

Ashikin cuba ditidurkan oleh Aurora tetapi gagal. Kanak-kanak sekecil itu sudah faham erti perpisahan tetapi dia tadi mampu redha dengan pemergian orang tuanya sekali gus dalam kemalangan jalan raya.

"Acu, saya rindu mama dengan papa. Kenapa mama dengan papa tinggalkan saya? Mama dengan papa tak sayangkan saya ke?" Adu Ashikin dalam esakan. Ashikin yang baring bangun semula dan duduk diatas riba Aurora. Dia memeluk erat Aurora.

"Tak, sayang. Mama dengan papa sayang sangat dekat adik, dekat abang Airil, dekat abang Aidil. Tapi, Allah lebih sayangkan mama dengan papa. Sebab tu Allah ambil balik mama dengan papa adik." Terang Aurora dengan tenang walaupun dihatinya ingin sahaja dia meraung mengalahkan Ashikin.

"Sekarang ni adik tidur."

"Acu jangan tinggalkan saya tahu." Pinta Ashikin. Bertambah sebak didada Aurora ingin meraung. Aurora hanya mengangguk. Didodoinya Ashikin sehingga Ashikin tertidur. Dia sudah keletihan menangis. Biarlah budak ni rehat pula.

Aurora juga cuba untuk melelapkan mata tetapi telefonnya berdering. Dilihat skrin, tertera nama Hazwan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Ora, kenapa awak tak bagitahu saya Kak Kila dah tak ada?"

"Sorry, saya tak sempat nak bagitahu. Saya terkejut. Mana awak tahu?"

"Syeera. Saya pergi rumah awak tadi. Syeera cakap awak cuti seminggu, balik kampung." Hazwan mendiamkan diri apabila tiada sahutan dari Aurora. Dia faham keadaan Aurora. Kesedihan atas kehilangan ahli keluarga mengambil masa untuk pulih. "Awak rehatlah ye, sayang. Kalau ada apa-apa, telefon aje saya. Assala..."

"Awak!" potong Aurora sebelum sempat Hazwan memberi salam. "Saya ada benda nak cakap dengan awak ni."

"Apa dia? Cakaplah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience