< Bab 9 >

Family Series 3539

Sudah beberapa bulan berlalu, hubungan Aurora dan Hazwan terputus di tengah jalan. Walaupun berat, Hazwan terpaksa terima dengan hati terbuka.

Kini, Aurora sedang sibuk menguruskan dua anak saudaranya yang kini tinggal bersamanya. Dia cuba mendapatkan persetujuan dari semua ahli keluarganya untuk menjaga Airil dan Ashikin.

"Kamu betul-betul serius ke ni, Ora?" Puan Shamsiah keraguan. "Biarlah mak je yang jaga diaorang."

"Ora boleh, mak. Mak jangan risau."

"Tak pelah kalau kamu dah nekad. Tapi, kalau kamu nak kahwin nanti, bakal suami kamu tak selesa dengan diaorang ni, kamu kena biar mak jaga."

Aurora mengangguk setuju. Jauh sudut hatinya, dia tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat. Dengan siapa dia mahu berkahwin? Tambahan lagi dengan masa silamnya.

"Acu, kata nak pergi beli barang. Cepatlah. Dah bosan saya duduk rumah." Omel Ashikin. Sejak Aurora menjaga mereka, Aurora berjaya melatih diri untuk menjadi lebih cekap dan masa terluang Aurora lebih terisi dengan anak-anak saudaranya.

"Sabarlah. Acu tengah bersiaplah ni." Aurora dengan pantas segera menyarungkn selendang di kepalanya. "Dah siap. Jom." Kunci kereta yang digantung, diambil. "Syeera, sure kau taknak ikut? Kami nak terus pergi makan lepas ni."

"Malas." Pekik Syeera dari dalam bilik. "Tapi tolong tapau teh ais. Ikat mati."

"OK bohh."

Lalu mereka bertiga segera bergerak menuju sebuah pasaraya. Begitulah rutin mingguan Aurora, membeli barangan basah dan juga makanan ringan untuk anak-anak saudaranya.

15 minit kemudian, troli ditolak Aurora masuk kedalam pasaraya sementara Ashikin duduk didalamnya. Airil pula berjalan dibelakang Aurora.

"Hai." Seorang lelaki lewat 30-an tiba-tiba menegur Aurora yang leka memilih ikan sardin. "Ingat saya lagi tak?" Aurora mengerutkan dahi,b berfikir bila mereka pernah berjumpa.

"Pakcik ni lah yang curi troli kita minggu lepas." Airil mengingatkan Aurora. Aurora teringat kembali memori minggu lepas apabila seorang lelaki tersalah ambil troli mereka ketika mereka sedang sibuk memilih barang.

Tergelak kecil lelaki itu mendengar jawapan Airil.

"Airil, bukan curi. Pakcik ni terambil troli kita." Aurora menegur.

Airil menepuk dahinya. "Silap pula. Ni pakcik datang nak ambil troli kami lagi ke?" Mendengar soalan itu keluar dari mulut Airil, Aurora terus mencubit lengan Airil sambil mengarahkan Airil menutup mulutnya.

"Tak adalah. Pakcik saja je datang nak tegur. Sebab dah dua minggu beturut-turut nampak adik dengan ibu adik datang sini."

"Acu bukan ibu kami. Ibu kami dah meninggal. Sekarang ni acu pula jaga kami." Ashikin menjelaskan keadaan sebenar. Tersentak lelaki itu melihat riak wajah anak sekecil itu yang tabah dan tidak menangis ketika memberitahu ibunya sudah tiada. "Kami sayang acu." Ashikin terus memeluk Aurora yang terdiam dari tadi.

"Acu, saya nak ais krim boleh tak?" pinta Airil memberhentikan khayalan lelaki itu. Sebelum Aurora sempat menjawab, lelaki itu mempelawa.

"Ambillah apa yang kamu nak, pakcik belanja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience