< Bab 6 >

Family Series 3539

"Mama, bila mami nak balik?" Soal anak bongsu Shakila dan Harris, Nur Ashikin dicorong telefon setelah dua hari tidak berjumpa. Mereka berdua menyertai rombongan di tempat kerja selama dua hari satu malam di Johor Bharu.

"Mama dah dalam perjalanan balik ni, adik. Lagi tiga jam mama dengan papa sampailah. Abang-abang mana?"

"Abang Aidil tengah tengok tv. Abang Airil pula tengah main Play Station." Petah Ashikin bercakap. Walaupun Ashikin baru berumur 7 tahun, dia tidak pelat langsung.

"Bagi mama cakap dengan abang Airil kejap." Tidak menjawab, Ashikin hanya mengangguk. Seolah-olah Shakila dapat melihat responnya. Telefon bertukar tangan.

"Iye mami. Kenapa?" Airil bersuara.

"Tak ada apa. Mama rindu dengar suara Airil. Airil ada degil-degil tak hari ni? Ada gaduh dengan abang?" Shakila sudah masak dengan perangai kedua-dua anak lelakinya yang suka bergaduh sama sendiri.

"Airil tak degil pun hari ni. Macam mana nak gaduh dengan abang. Abang baru je balik rumah. Entah pergi mana." Adu Airil.

"Kenapa kau bagitahu? Aku suruh diamkan." Jerit Aidil dari jauh tetapi dapat didengari Syakila dengan jelas.

"Sudah-sudah jangan bergaduh. Biarlah abang nak keluar pun. Dia kan duduk asrama. Cuti macam ni lah dia boleh keluar jumpa kawan-kawan." Shakila diam seketika mendengar anak-anaknya masih bergaduh mulut. "Airil, dengar sini. Mama nak cakap sikit ni." Airil terus berlari keluar rumah bagi memberi sepenuh perhatian kepada Shakila. Jika didalam rumah, pasti dia akan terus bergaduh dengan Aidil.

"Airil sayang, mama nak Airil jadi budak baik. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap abang. Nanti kalau mama dengan papa tak ada, abang Aidil yang akan jaga Airil dengan adik." cukup perlahan dan terang pesanan diberikan Syakila kepada anaknya yang berumur 9 tahun itu.

"Mama nak pergi mana? Mama jangan tinggalkan Airil." Airil sudah mula sebak.

"Tak, mama tak pergi mana. Mama nak balik ni kan." Apabila mendengar suara Airil berubah, terasa sedih pula hatinya. "Airil, mama nak cakap dengan abang pula."

Airil terus berlari masuk kerumah dan meletakkan telefon itu diriba Aidil sebelum berlari masuk bilik. Air mata Airil sudah mengalir dengan lajunya.

"Mama."

"Mama nak pesan ni. Mama nak abang jaga adik-adik abang. Jadi abang yang baik. Lepas tu, mama nak abang belajar pandai-pandai. Banggakan mama dengan papa."

"Iye mama." Pendek sahaja jawapan Aidil. Aidil sememangnya seorang budak yang kurang bercakap. Kadang-kadang naik hantu Shakila apabila bercakap dengan Aidil kerana tidak memberi respon seolah-olah bercakap dengan dinding.

"Dah. Buat loud speaker. Mama nak cakap dengan semua." Shakila semakin sebak. Entah kenapa. Mungkin dia terlampau rindukan anak-anaknya. Tapi, ini bukan kali pertama dia berjauhan dengan mereka. "Anak-anak mama. Mama sayang semua anak mama. Jaga diri."

"Papa pun sayang semua. Papa sayang abang, sayang Airil, dan papa sayang adik."

Talian diputuskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience