BAB 11

Family Completed 5443

3.00 a.m.. Tangan diangkat ke atas, menggeliat. Lenguh. Haru betul… pepagi buta tengok movie.

Kaki diayun ke sofa. Kelihatan si abang sedang termenung. Dia duduk sambil membetulkan sila. Balang biskut coklat dibuka.

“Nak?” Dia bertanya sambil tangan mencapai remote di atas meja. Punat PLAY ditekan.

“Saya tak nak Cik Lawyer.” Mata dipejam. Badan disandar ke sofa. Mengantuknya.

Yang gaya sarkastik tu apahal pulak.

“Ok.” Bahu diangkat. Badan disandar rapat ke sofa. Matanya fokus ke depan.

7A+, 2B, 1C+. Boleh la tu.

“Kau orang dapat berapa?” Shah bertanya sambil membetulkan tali beg di bahu. Mereka berjalan menuruni tangga.

“5A+, 4A, 1G.” Kepala ditunduk ke bawah. Haru, jenuh aku paksa Abang Am datang sekolah tanda tangan buku rekod. Kalau mak dengan ayah tau aku dapat gagal habis la. Tapi macam balik rumah nanti tak jumpa dia orang. Kepala yang berat terasa lagi berat.

“Add Mate?” Shah memandang ke sebelah kanan. Bukan dia tak tahu, Ijun dengan add mate macam Israel dengan Palestin.

“Kalau mak aku tau, mampus. Maraton Add Mate la aku tiap-tiap malam.” Nafas dilepas perlahan.

“Kau?” Kepala dipusing ke sebelah kiri. Kelihatan rakannya itu sedang menguap.

Tangan diangkat tutup mulut.

“10.” Papa dah tunggu di kereta dengan Angah ke?

“A+?” Kawan dia yang sorang ni bukan boleh harap. Nama je belajar main-main tapi bila dapat result… gempak!

“Hmm.”

“Adik kau?” Cermin mata ditarik dari pangkal hidung. Cermin mata dilap dengan sapu tangan.

Shah ni banyak tanya betul la. Orang tengah ngantuk, dia main tanya-tanya pulak.

“Sama.” Tangan kanan diangkat kanan diangkat menutup mulut menahan kuap.

“Along! Cepat la jalan. Lambat macam kura-kura!” Dania menjerit. Lambat betul. Dah la panas, jalan pulak lambat mengalahkan perempuan.

Encik Azman yang mendengar hanya tersenyum. Gembira hatinya apabila teringatkan perubahan panggilan mereka berdua. Walaupun mereka berdua masih bergaduh lagi tapi sekurang-kurangnya mereka berdua semakin rapat, semakin memahami.

Hakimi hanya buat tak tahu. Tak ada hati nak balas bila mata rasa berat mengalahkan gajah tengah main buaian di kelopak mata.

Dia ingat lagi, selepas habis baca surat mama, dia dan Dania hanya duduk termenung beberapa minit. Yang paling menyentuh perasaan dia bila Dania tanya,

“Can I call you Along?” dekat dia. Terus dia peluk Dania sambil mengangguk kepala. Pagi tu, terus tukar dari Hakimi-Dania-kau-aku kepada Along-Angah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience