BAB 12

Family Completed 5443

Masa di sekolah pulak, semua macam nak jatuh rahang bila Dania panggil dia Along. Si Ijun dengan Shah punya la tanya macam-macam tapi dia buat bodo je. Malas nak jawab.

Hakimi mengangkat sebelah tangan kepada Ijun dan Shah bila sampai di kereta Encik Azman. Pintu kereta dibuka dia terus masuk dan pejam mata. Mengantuk.

PAP.

Bahu sebelah kanan terasa berat. Matanya memandang si abang yang terlentok di bahunya. Bibir tanpa sedar mengukir senyuman kebahagiaan.

Kalau dulu, jangan harap nak duduk dan tengok TV bersama. Pantang jumpa… mula la perang mengalahkan budak tiga suku. Tangan mencapai remote. Punat off ditekan. Hmm… esok bangun awal… jenuh la nak bangun. Sekarang pun dah pukul 3.20 pagi. Bart Sinpsom dipeluk erat.

“Along… susah betul la Bio ni. Mana nak ingat segala benda struktur nefron ni.” Aku tak faham betul la dengan orang yang cakap Bio ni senang. Kepala diletak di atas meja. Nafas dihembus kasar. Letih. Hujung minggu macam ni la. Ngadap buku je sampai pukul 1 pagi.

Hakimi masih meniliti gambar rajah sistem rangka manusia. Rangka paksi… tengkorak, sternum, tulang rusuk… dekat sangkar rusuk. Turus vertebra…

Along ni orang cakap buat pekak pulak. Rasa macam kelakar pulak. Sejak mereka berbaik, semua benda nak buat bersama. Macam sekarang, ulangkaji Biologi sama-sama. Kaki dilunjurkan ke bawah meja. Lenguh bersila dari tadi. Mata memandang jam. 12.03 a.m.. Papa dah lena, tinggal mereka berdua saja yang berjaga.

Apahal senyap pulak Angah ni. Fed up dengan Bio? Kepala diangkat dari gambar rajah sistem rangka manusia. Kelihatan Dania yang sedang termenung sambil kepala diletakkan di atas meja. Tak faham betul aku dengan perangai dia ni. Bio yang senang, cakap susah. Fizik yang susah, cakap senang. Nasib baik dia tak kata Kimia tu senang, kalau tidak aku memamg tabik tunduk hormat la dekat dia.

Kepala diangkat dari meja. Yang Along tengok aku macam aku ni penjenayah antarabangsa apahal pulak. Tangan mencapai buku jadual waktu peperiksaan SPM. Isnin… Chemistry… selasa… Biologi… lepas tu, habis. Tamat seksa. Bertahan, Diey, lagi empat hari lagi kau tak payah tengok buku Bio dah. Mata mengerling ke arah Hakimi yang sedang membaca fungsi hormon-hormon dalam badan manusia.

Mata semakin terasa berat. Mata memandang jam, 3.30 a.m.. Mata dipejam perlahan. Aku nak tidur lima minit je, nanti aku bangun. Lima minit berlalu tidak menunjukkan dia akan bangun. Hanyut sudah…

“Agak-agak kita dapat berapa ek?” Dania bertanya sambil kaki laju melangkah ke arah dewan terbuka sekolah. Hari ini ambik keputusan SPM. Bila bangun pagi, tak rasa apa-apa pun. Rasa macam biasa. Masa turun dari kereta, baru tangan nak menggeletar. Haru… dah gaya macam orang ada Parkinson je.

“Entah.” Mintak-mintak la aku lulus. Dari bangun pagi pukul 6.30 sampai sekarang 12.30 tengah hari badan rasa seram sejuk. Nak ambik keputusan punya pasal. Mata mengerling ke arah tangan Dania yang menggeletar. Sekarang baru nampak macam orang nak ambil keputusan SPM. Kalau tak, muka aci buat selamba je, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Sekarang tangan menggeletar mengalahkan nenek tua sebelah rumah tu je gayanya.

Krinngg!!

Tangan mencapai jam loceng di tepi meja katil. 6.30 pagi.

“Abang? Abang dah pukul 6.30 pagi.”

“Emm.” Mata digosok perlahan.

Isteri disebelah sudah bangun ke bilik air. Hari ni Ahad, cuti.

“Pergi la mandi, lewat dah ni.” Suara si isteri yang baru keluar dari bilik air menegur suaminya.

Selesai mandi, mereka solat subuh berjemaah bersama-sama.

Langkah diatur ke BMW 6 series warna silver. Pintu dari sebelah pemandu dibuka dari dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience