BAB 16

Family Completed 5443

“Dah-dah tak payah nangis.Asyaf, Aman bangun.” Dia membangunkan kedua-dua adiknya.

“Jom, kita pergi klinik. Along tunggu bawah.” Hakimi memandang ibu tirinya sekilas.

“Takkan nak pergi pakai kain pelikat je?” Kening Puan Husna terangkat.

“Malas salin la Bu.” Dia tersengih.

“Along?”

“Kenapa?” Mata tak beralih dari kaca televisyen.

“Papa macam suka aunty Husna je, kan?” Tangan menyudu ais-krim ke mulut.

“Hmm…” Kepala diangguk perlahan.

“Dua bulan lagi Along nak ke UK… Angah ke USA…” Dia berhenti sesaat.

“…kita suruh papa kawin.” Mata memandang Spongebob yang sedang berkarate dengan Sindy.

Kepala ditoleh perlahan ke sebelah kiri.

“On.” Mata kembali ke kaca TV. Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Boleh juga ada orang yang nak jaga Papa… lagi pun aunty Husna pun macam suka Papa.”

“Awak termenungkan apa?” Encik Azman memandang pelik isterinya.

“Tak ada apa-apa. Cuma teringatkan masa awak melamar saya dulu.” Matanya memandang si suami di sebelah.

Encik Azman hanya tersenyum. Dia masih teringat lagi betapa dia terkejut dengan keputusan kedua-dua anaknya. Seminggu selepas kedua-dua anaknya berjumpa dengan isterinya, mereka berdua memberitahu yang mereka sangat menyukainya. Keesokkan harinya, terus dia melamar rakan sepejabatnya itu.

Mereka berdua berkahwin sebulan sebelum kedua-dua anak tirinya berangkat ke UK dan USA. Dia yang merupakan andartu sangat gembira kerana akhirnya dia berkahwin juga.

Alhamdulillah, isterinya yang sekarang seperti isterinya yang dulu. Baik hati dan penyayang. Anak-anak tirinya dilayan seperti anak sendiri.

Dia bersyukur kerana Hakimi dan Dania amat menghormati dan menyayanginya seperti ibu sendiri. Dia bertuah mendapat sepasang anak tiri yang sebegitu sikapnya.

“Mana budak berdua tu?” Selalunya ada-ada je benda yang nak dibuat bising. Sekarang senyap sunyi je.

“Tidur. Demam.” Setengah jam dia tunggu Ashraf dan Armand tidur.

“La… jom bawa pergi klinik.” Dia sudah bangun dari sofa.

“Abang duduk la. Una dah pergi tadi dengan Along.” Tangan Puan Husna menarik tangan kanan Encik Azman duduk semula.

“Bye Pa, Bu. Pergi dulu.” Suara Hakimi tiba-tiba berbunyi di belakang.

“Bawak kereta tu elok-elok. Nak balik pukul berapa?” Puan Husna bertanya sambil memandang Hakimi.

“Tak tahu lagi Bu. Tengok la macam mana.” Hakimi menjawab sambil melangkah ke pintu depan bersama Dania.

Kedua-duanya diam. Sepi. Dania memandang ke dashboard. 2.05 petang.

Mereka berdua dari kubur Mama. Terus ke masjid sembahyang zohor. Dia teringat kuliah sebelum sembahyang zohor tadi. Dania di sebelah dijeling.

Ustaz Daud. Katanya semua yang berlaku bersebab, mempunyai hikmah. Mungkin macam kematian Mama… yang menyebabkan dia menjadi anak dan adik yang tahu menghormati papa dan abang. Yang membuatkannya lebih tabah menghadapi dugaan hidup dan lebih ingat Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience