BAB 17

Family Completed 5443

Tangan memusing steering wheel ke kanan. Redha, tawakal, pasrah. Tajuk kuliah tu. Redha dengan setiap ujian yang diterima, tawakal dalam melakukan setiap perkara dan jangan sesekali pasrah. Tangan memusing steering wheel kembali ke kiri.

Redha. Semasa Mama meninggal… aku tak redha. Bersedih… emm… betul la, aku ni bukan hamba yang baik. Redha dengan setiap ujian yang kita terima. Susah… Diey, kau perlu berusaha lagi cari Allah Diey.

“Kenapa?”

Kepala dipusing ke kanan.

“Kenapa apa?”

“Kenapa diam?” Dia memberi signal sebelah kiri.

“Hmm… redha dengan setiap ujian yang kita terima.” Mata kembali fokus ke depan.

“Kenapa?” Kening diangkat bertanya.

“Teringat dulu. Angah tak redha dengan kematian Mama.” Nafas di lepas perlahan.

“Pernah dengan orang cakap… past make you strong enough… yang lepas jadikan pengajaran bukan kekesalan.” Kaki menekan brek. Lampu merah.

“Pengajaran…” Mata merenung kereta di sebelah. Toyota Camry.

“Belajar dari masa silam sendiri lebih baik daripada belajar dari masa silam orang lain… tak semua orang dapat pengalaman tu… sebab it priceless.” Kaki menakan pedal bila lampu bertukar hijau.

“Along…”

“Hmm…”

“You sound like Oprah la although tak la hebat sangat.” Selamba Dania berkata.

“My plesure.” Dia tersenyum.

“Along?”

“Wall’s Tim-Tam Choco Blast?”

“Semalamkan dah makan?” Hantu ais-krim betul la budak ni.

“Buat bekal?” Buat bekal kalau tengah pepagi buta aku tak ngantuk. Penting tu.

“Emm…” Dekat mana pulak nak berhenti ni. Petronas?

“Thanks… for everything…” Bibir menarik senyuman segaris.

“Ditto.” Bibirnya juga mengukir senyuman nipis.

“…walaupun awak punya perangai macam baby.” Dania tersengih.

“Eiii…. awak nak balik jalan kaki ke apa hah?!” Suara di sebelah berdentum kuat manakala Dania sudah ketawa bagai nak gila.

Terima kasih Allah beri Diey Along yang macam ni. Hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience