BAB 3

Family Completed 5443

Hah… mana dia tau yang aku… Dania si minah mereng ni memang nak kena. Kaki diayun laju menuju ke arah kelas. Perut yang lapar tak dihiraukan. Shah di sebelah terpinga-pinga ditinggalkan di belakang dengan si Ijun yang tersengih mengalahkan orang yang baru dapat durian runtuh.

BUKK!

“Adoi!” Kepala digosok perlahan dengan tangan kanan. Minah ni la.

“Yang sapu libas kepala orang ni kenapa pulak?” Aku ingat dah masuk tidur, rupanya pergi ambik Bart Simpson dia tu.

“Sorry tak sengaja… sudah gaharu cendana pulakkk.” Dah tau nak tanya buat apa lagi. Dia kembali duduk bersila di sebelah kiri abangnya. Mug milo suam dicapai. Dia meminumnya sehingga berbaki separuh. Mug kembali diletakkan ke meja.

Bibir si abang kelihatan segaris senyuman kecil. Tangan kanan mencapai mug kopi suam dari atas meja. Diminumnya perlahan-lahan.

Kepala didongok ke atas. Bart Simpson di peluk erat. Emm… banyak yang dah berubah. Kalau dulu…

“Macam mana dengan kes perogol tu?” Mug kopi yang hanya di minum suku diletakkan kembali ke atas meja.

“Emm… boleh la… rasanya minggu depan selesai la kes tu.” Kesian baru umur 23 tahun dah kena fitnah rogol anak orang. Lumrah kehidupan di dunia… banyak orang yang cakap putar belit mengalahkan anakonda.

“Kenapa pulak boleh jadi macam tu?” Minggu lepas dia dengar si jiran sebelah kiri dia dapat ‘pesakit’ yang kena fitnah rogol anak orang. Haru… muda lagi budak tu. Lingkup masa depan kalau ‘benda’ tu betul.

“Cinta.” Sepatah si adik menjawab. Mata masih melihat siling rumah.

“Cinta?” Apa kena mengena kes rogol dengan cinta pulak. Kepala dipusing ke kiri. Seketika kepala dia juga turut mengikut si adik mendongok ke atas. Mata dapat menagkap imej siling rumah samar-samar dari cahaya tiang lampu tepi jalan yang masuk melalui tingkap.

“Macam yang orang selalu cakap, ‘cinta itu buta’. Perempuan tu suka dekat lelaki tu, tapi lelaki tu suka dekat perempuan lain. And the rest… is history.” Cinta itu buta… love is blind, hah? Memori lama terimbas kembali.

Bibirnya menarik senyuman kecil yang kemudian bertukar menjadi semakin lebar. Tanpa dapat ditahan lagi, terhambur gelak ketawa dari mulutnya. Kepala ditunduk ke bawah sambil kedua-dua tangan menutup mulut. Haru nanti kalau Papa bangun. Kalut pulak orang tua tu nanti. Mahu tak kalut, anak perempuan dia gelak kuat bagai nak gila di waktu pagi buta yang sepatutnya semua orang tidur.

Apahal pulak dia ni. Tersampuk dek hantu ke? Kepala di pusing ke arah jam digital. 1.43 a.m.. Yang badan aku ni, apa hal pulak kejap macam Gurun Sahara, kejap macam Kutub Utara je ni.

Si adik yang sudah berhenti ketawa mengangkat kepala. Dipusing kepala ke arah si abang yang dah keras beku macam patung cendana. Ni mesti ingat ada penumpang tak diundang dalam badan aku la ni. Negative betul pemikiran doktor ni. Kepala digeleng perlahan.

“Kenapa?” Mai kita cuba-try-test dia sat. Hehehe. Suara jahat kedengaran bergema dalam diri si adik.

“Ap… apa?” Yang suara aku kenapa pulak nak tersekat-sekat macam radio buruk pulak ni? Badan disandar ke sofa. Mata dipejam rapat. Ni kenapa pulak aku berhenti bernafas ni. Memang kerja nak bunuh diri betullah. Tarik… lepas. Tarik… lepas. Tarik… lepas.

Si adik berusaha sepenuh hati, tenaga, jiwa dan raga menahan ketawa yang semakin menyesakkan hati. Mesti Cikgu Brain tengah mengajar murid-murid kelas respirasi manusia tentang cara-cara mengaplikasikan pernafasan mengikut cara manusia lah tu. Hahaha. Nafas jangan tak nafas, nanti melayang nyawa dekat sini aku pulak kena bersoal-jawab dengan Papa.

Lima minit berlalu dalam suasana samar-samar cahaya lampu tepi jalan dengan si abang yang bersandar pada sofa bersama suhu badan versi Gurun Sahara-Kutub Utara manakala si adik berusaha menahan ketawa yang tunggu nak pecah bagai nak gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience