BAB 10

Family Completed 5443

Mareka masih berdiri setentang walaupun seminit telah berlalu. Takkan dia tak nak ajak aku masuk kot. Tapi kenapa pulak dia nak ajak aku masuk dalam bilik dia, macam tak munasabah je. Haru kau Kimi. Angkat kaki, terus blah dari sini, jangan buat malu diri sendiri. Esok kau datang mintak surat tu.

“Aku…”

Belum sempat Hakimi habis, Dania sudah memotong.

“Masuk lah. Kita baca sama-sama.” Yang aku ni pergi ajak dia masuk bilik buat apa pulak. Dia terus melangkah ke dalam bilik diikuti Hakimi dari belakang.

PAUSE.

Ek…”Kenapa pulak pause ni?” Kepala dipusing ke sebelah kiri.

“Kejap, nak pergi ambik cookies jap. Ais-krim dah habis.” Kaki angkat ke dapur.

Tadi susu, lepas tu ais-krim. Sekarang cookies. Emm… macam-macam la budak kechik ni.

Mereka berdua duduk dibirai katil. Perlahan-lahan Dania membuka sampul surat itu.

~Assalamualaikum Along dan Angah. Ketika kamu baca surat ini Mama rasa Mama dah tidak ada lagi di dunia ini. Along dan Angah jangan terlalu bersedih tau sebab nanti Mama pun sedih jugak. Mama tak suka orang yang Mama sayang bersedih untuk Mama. Mama sangat sayangkan Papa dan kamu berdua. Mama juga nak kamu berdua tahu yang Mama sangat bangga ada anak macam kamu berdua. Kamu berdua ialah anak-anak yang baik dan mendengar kata. Walaupun kamu berdua selalu bergaduh, tapi Mama tahu kamu sangat menyayangi antara satu sama lain. Semua orang ada cara yang tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang, dan begitu juga dengan kamu berdua.

Mama masih ingat lagi. Semasa kamu berdua berumur 10 tahun, kamu berdua hanya meminta Mama membeli satu kek hari lahir untuk kamu berdua. Mama yakin kamu berdua ingat bentuk dan warna kek tersebut. Kek berbentuk Spongebob Squarepants tapi berwarna coklat bukan kuning. Sebenarnya malam sebelum hari lahir kamu berdua Along ada beritahu dekat Mama yang dia nakkan kek berperisa coklat.

Mama hairan, sebab Along sangat sukakan cheese cake bukan chocolate cake. Esok pagi pula, semasa Mama tengah siapkan sarapan, Angah datang mintak Mama belikan kek Spongebob untuk sambut hari lahir. Mama hairan. Angah tak suka Spongebob sebab Angah cakap Spongebob tak macam Batman. Bila Mama bagitau dekat Papa, baru Mama faham. Anak-anak Mama saling ambil berat antara satu sama lain rupanya tapi malu nak beritahu.

Selain itu, Mama ingat jugak masa kamu berdua umur 15 tahun. Angah masuk hospital sebab demam denggi berdarah. Mama tahu Along menangis walaupun sikap Along masa tu macam tak ada apa-apa yang berlaku. Masa Mama suruh pergi sekolah pun tak nak. Alasan, malas. Mama kenal anak Mama. Along terlampau risaukan Angah, kalau Along pergi sekolah pun, Along termenung aje. Mesti Along hairan macam mana Mama tau kan. Cikgu Anna bagitau dekat Mama.

Mungkin Angah tak sedar yang sbenarnya masa Angah di hospital, Angah selalu panggil Along. Mama harap sangat yang satu hari nanti Along boleh panggil Angah, Angah bukan lagi Dania. Angah pula panggil Along, Along bukan lagi Kimi. Mama juga harap kamu berdua tak bercakap kau-aku. Kamukan adik-beradik, kembar pulak tu, cuba-cubalah biasakan diri dengan panggilan Along-Angah. Walau apa pun yang kamu berdua lakukan dan yang kamu berdua pilih, selagi benda tu baik untuk diri kamu berdua, Mama akan sokong. Mama dan Papa akan sentiasa sokong kamu.

Satu lagi Mama nak cakap. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti Papa mendapat jodoh yang lain, Mama harap kamu akan terima dia dengan hati terbuka. Bukan Mama tak sayangkan Papa atau Papa tak sayangkan Mama, tapi kalau Allah dah cakap macam tu walau macam mana pun kamu elak perkara tu, benda tu akan terjadi jugak. Mama tahu bukan senang untuk seorang lelaki menguruskan rumah dan anak-anak tanpa isteri disisi. Kamu dengar cakap dia sebagai mana kamu mendengar cakap Mama, okey? Jangan derhaka walaupun dia cuma ibu tiri. Kalau dia ada anak lain, cuba kenal dan berkawan dengan dia orang.

Mama dah cakap apa yang Mama nak cakap untuk kamu berdua. Mama harap kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah. Hormat orang tua dan jangan gaduh banyak sangat. Kebahagiaan kamu berdua adalah kebahagiaan Mama. Mama sangat sayangkan kamu berdua. Jangan nakal-nakal. Assalamualaikum Along, Angah.

___Mama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience