“Ya, memang Mama dah tak de. Tapi selagi kita ingat Mama, Mama sentiasa ada dekat dengan kita. Kita boleh sedekah Al-Fatihah, Yassin dan berdoa untuk Mama tanda kita ingat dekat dia. Bukan dengan duduk termenung sepanjang hari yang mungkin membuatkan Mama rasa sedih di sana.” Bibir tersenyum tawar. Betul, walaupun orang tu dah tak ada di dunia, tapi kalau kita masih ingatkan dia, dia tetap akan hidup dalam hati kita.
Mama, betul ke Mama sedih tengok Angah macam ni? Angah tak sedekah apa-apa pun dekat Mama. Betul ke Angah betul-betul sayangkan Mama? Suara hatinya bertanya.
“Papa sayangkan kau. Aku pun sayangkan kau. Kita orang sedih tengok kau macam ni.” Ya, aku sayangkan kau. Rindu sangat-sangat.
Tanpa sedar matanya sudah beranak sungai.
“Aku keliru.” Suara Diana berbunyi perlahan. Kimi sayangkan aku? Air matanya semakin laju merembes keluar.
Hakimi tergamam memandang Dania. Tak sangka yang Dania akan bercakap dengannya. Lagi dia tak sangka Dania akan menangis hari ini dengan dia di sebelah. Esakkan Dania menyedarkan dia kembali.
“Aku…. keliru… aku tak tahu nak buat apa.” Sambil menangis teresak-esak dia berkata.
“Aku…” Kata-katanya terhenti apabila badannya ditarik ke dalam dakapan orang di sebelah.
“Let it out first, then we talk.” Perlahan Hakimi memujuk. Hatinya tersentuh mendengar Dania meluahkan apa yang dirasakannya. Pertama kali peluk adiknya sendiri. Perasaannya terasa bahagia. Dania yang mendengar, semakin teresak menangis kerana terasa diri disayangi.
Tanpa mereka sedari, sepasang mata memerhati mereka dari pintu bilik turut mengalirkan air mata. Alhamdulillah, ya Allah.
Mata mereka fokus ke TV. Di TV kelihatan seorang doktor gigi sedang melepaskan Nemo ke dalam akuarium.
Tangan mencapai mug kopi. Dia meminumnya perlahan-lahan. Mug yang kosong diletak kembali ke meja. Mata dilirik ke arah adik di sebelah yang fokus matanya di kaca tv. Segaris senyuman terukir di bibir. Kalau dulu orang ajak tengok Finding Nemo banyak alasannya. Tak ada senjata macam MIB lah, tak ada kereta macam Fast and Furious la, tak bahaya macam Mission Imposible lah, tapi sekarang penuh kusyuk tawaduk pulak aku tengok.
“Papa kemas bilik semalam. Papa jumpa sepucuk surat dalam laci tempat Mama letak barang kemas dia.” Encik Azman menghulurkan sepucuk surat kepada Hakimi yang sedang menonton televisyen.
“Surat?” Tangan mengambil surat yang dihulurkan. ‘Untuk Along dan Angah’
“Surat tu untuk kamu berdua.” Encik Azman duduk di sebelah kiri anaknya.
“Along baca sekarang boleh?” Sekarang dah pukul 10. Dania belum tidur lagi kot.
“Terserah kepada kamu nak baca bila pun.” Tangan Encik Azman mencapai remote TV di atas meja depan sofa.
Kakinya diangkat terus menuju ke bilik Dania. Pintu bilik Dania diketuk.
“Kenapa?” Soalan di tanya apabila pintu dari dalam dibuka.
“Papa jumpa surat dari Mama untuk kita.” Mata Hakimi merenung reaksi Dania.
Surat… dari Mama.
“Mana surat tu?”
“Ni.” Tangan menghulur surat kepada Dania. Dia nak baca sorang-sorang dia ke? Dia tak nak baca dengan aku?
Dania mengambil surat yang dihulurkan. Hakimi masih lagi berdiri di depan bilik. Dia nak masuk baca dengan aku dalam bilik aku ke? Parah… aku tak nak nangis depan dia lagi. Buat malu aku je. Dah tu siap mengadu dekat dia lagi yang aku keliru. Darah terus naik menyerbu ke muka apabila teringat kejadian dua hari lepas.
Share this novel