BAB 6

Family Completed 5443

“Siapa?” Matanya si adik masih terpejam. Bukannya mengantuk pun. Pukul 10.10 tadi dah tidur. Pukul 11.35 terjaga secara mengejut. Jadi termenung dalam bilik sampai dengar bunyi kereta di depan. Bila turun nampak si doktor sedang termenung jauh. Terus dia ke dapur. Buat kopi dengan susu.

“Your first love.” Mendatar suara itu keluar.

Mata terus dibuka luas. Automatik kepala terangkat dari bahu si abang. Muka terasa panas. My first love? Wait a sec… since when I know ‘what is love?’. My …first love. Who’s that… oh! Darah terasa menyirap ke kepala. Laju tangan mengayun Bart Simpson ke kepala si abang.

“Adoi!!” Ish, budak ni.

“Derhaka.” Perlahan dia berkata.

Si adik hanya merenggus geram.

“Orang mana?” Teringin jugak aku nak tengok mamat tu. Dah berubah ke macam tu jugak.

“Orang Melaka.” Tangan kanan mengambil kopi. Di minum perlahan-lahan.

Ooo… jauhnya.

“Dia kerja apa?” Tangan kanannya juga mengambil mug di meja. Air milo sejuk itu di minum habis.

“Pilot.” Sepatah dia menjawab. Kepala dipusing ke sebelah kiri apabila terasa si adik sudah bangun dari sofa.

“Mana?” Sekilas mata melihat jam. 2.16 a.m..

“Ais-krim.” Sepatah. Si adik terus berjalan ke dapur sambil membawa mug yang dah kosong.

“Macam mana isteri saya doktor?” Encik Azman bertanya doktor yang beru keluar dari bilik bedah. Dia menerima panggilan pukul 2.30 tengah hari dari isterinya. Bila diangkat bukan isterinya yang menjawab, tetapi polis. Di terkaku apabila mendapat berita isterinya kemalangan dengan sebuah van. Terus dia ke Hospital Kuala Lumpur. Bila sampai isterinya sudah berada dalam bilik bedah. Pukul 4.00 petang terus dia ke sekolah mengambil Hakimi dan Dania.

Mata doktor lelaki separuh abad itu kelihatan sayu. Melihatkan anak-anak mangsa kemalangan yang masih lagi berbaju sekolah padahal sekarang sudah pukul 5.15 petang membuatkan hatinya bertambah sayu untuk menjawab. Dia menghembus nafas perlahan.

“Maaf encik. Isteri encik tak dapat diselamatkan.” Segaris senyuman tawar terukir dibibirnya.

“Bawa bersabar ye encik. Ni semua ujian dari Allah.” Doktor itu memandang ke arah wajah Hakimi yang mata dah merah menyala dan wajah Dania yang tidak dapat ditafsir riaknya. Matanya kosong tidak membayangkan apa-apa.

Mama. Dia tidak tahu nak menunjukkan riak wajah apa. Keliru. Terkejut, terkesima, sedih, dan takut. Terkejut kerana tak pernah sangka Mama akan pergi secepat ini.

Terkesima kerana sebelum ni tak pernah nak cuba berbaik dengan Along semasa Mama masih ada. Sedih kerana Mama sudah meninggalkannya pada hari ini, hari lahir Papa yang ke-43. Takut untuk menghadapi hari-hari esok tanpa Mama, yang mengajarnya erti perempuan.

Mama. Maafkan Along sebab Along bukan anak yang baik. Along bukan anak yang baik. Bila nampak Papa datang jemput pulang dari sekolah, muka Papa nampak keruh walaupun Papa cuba untuk senyum.

Jalan yang Papa lalui juga bukan jalan menghala ke rumah. Papa tidak bercakap apa-apa. Hanya radio yang berbunyi sehinggalah mereka tiba di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience