“Tak nak.”
“Dah tu, nak tengok movie apa?” Mata memandang si adik meminta jawapan.
Tangan menggapai salah satu album di atas meja.
“Kita tengok Pirates of Carribean atau Harry Potter ke? Narnia dengan LOTR pun best jugak. Ke nak tengok Iron Man? Spiderman? Batman? Ke nak tengok cerita Samara tu?” Tajuk apa entah cerita Samara tu.
“Ke nak tengok The Conjuring ke Saw?” Tangan masih sibuk mencari CD-CD yang disebut.
Sesekali mata didekatkan ke album. Maklumlah, samar-samar je nampak. Lena dah ke? Kepala di angkat untuk melihat wajah si abang.
“Apa?” Yang tengok aku macam aku baru buat jenayah antarabangsa tu dah kenapa? Dahi si adik mula berkerut, hairan.
Memang la. Kita memang tak sama.
“Kita tengok Finding Nemo lah.” Terus tangan mengambil CD Finding Nemo dan terus dimasukkan ke DVD player tanpa meminta pendapat si adik.
“Mana Angah?” Mata Encik Azman melilau mencari Dania. Bekas polisterin di sebelah kiri meja masih tak bersentuh. Lepas solat maghrib baru mereka makan malam bersama. Makan makanan luar tiap-tiap hari.
“Atas.” Sesuap nasi ayam masuk ke dalam mulut. Lepas solat terus turun bawah makan. Lapar.
“Hmm.” Kaki diangkat.
“Biar Along panggil.” Cepat suara Hakimi keluar dari mulut. Kesian Papa.
Encik Azman memandang terkejut anak lelakinya.
Hakimi cepat menangkap riak muka Papanya.
“Along nak cuba jadi abang yang baik, Pa.” Mendatar dia menjawab sambil bangun dari kerusi.
Tok tok tok!
“Dania, makan.” Suara dari dalam tak berbunyi. Hmm… sampai bila nak macam ni. Dah la lagi dua minggu trial.
Pintu diketuk lagi.
“Dania, turun makan!” Suara dikuatkan sedikit. Tangan memegang tombol. Tak berkunci. Pintu di buka perlahan. Kali pertama masuk ke bilik adik sendiri sejak mereka berpindah ke sini pada awal tahun. Mata terpandang susuk tubuh yang sedang termenung jauh di birai katil.
Matanya merenung dinding di depan. Entah kenapa air mata tidak keluar sejak Mama pergi. Terasa keliru. Pelbagai rasa bercampur membentuk satu perasaan yang diri sendiri tidak dapat fahami. Badan terasa high semacam.
“Sampai bila nak duduk macam ni?” Suara di sebelah menyedarkan Dania kembali. Kepala di pusing ke kanan perlahan. Sejak bila Hakimi duduk disebelahnya pun dia tak tahu. Seketika dia pusing kepala ke depan, kembali termenung.
“Sampai bila nak macam ni?” Ayat sama diulang. Emm, sampai nampak aku duduk dalam bilik dia pun dia buat tak tahu. Nafas dihela perlahan.
“Semua orang sedih juga, tapi jangan biarkan diri kau dibelenggu dengan rasa sedih tu.” Dia berhenti seketika. Matanya melihat Dania disisi yang masih termenung. Kemudian matanya kembali merenung dinding di depan.
“Aku pun sedih juga, Mama kau Mama aku jugak. Papa pun sedih juga, orang yang dia cinta hilang dari mata macam tu je, tapi Papa tetap teruskan hidup sebab dia ada kita. Papa nak kita kuat hadapi ujian ni. Kau kan tahu Allah takkan bagi ujian dekat hamba-Nya yang tak mampu. Allah pilih ujian ni untuk kita sebab Allah tau kita mampu hadapinya.” Mata Hakimi masih difokuskan pada dinding di hadapan.
Allah pilih kita sebab Allah tau kita boleh. Betul. Tapi berat sungguh ujian ni. Mata Dania terasa panas tiba-tiba.
Share this novel