BAB 5

Romance Completed 6336

“Abang percayakan Nuha kan? Abang, Nuha tak tahu mana datangnya penyakit ni. Nuha tak salah. Nuha.." tangisan yang ditahan akhirnya dilepaskan. Nuha menangis teresak-esak.

Dengan tidak semena-menanya, aku menarik lengannya lantas mendakap dirinya. Aku tak sanggup lagi melihat air mata derita dia menitis. Nuha cuba meloloskan diri tetapi tidak berjaya. Dalam esakan, dia bersuara,

“Abang, abang tak boleh buat macam ni. Nuha ada AIDS! AIDS! Abang sepatutnya tak boleh dekat dengan Nuha.." Aku mengesat air matanya yang mengalir.

“Nuha Jawahir, isteri abang yang sangat abang cintai, sebagai hamba, kita perlu terima ujian yang telah ditentukan- Nya. Walau seberat mana ujian itu, kita perlu kuat. Abang tahu, Nuha kuat, kan?" Kepalanya ku usap perlahan. Mataku berkaca. Aku tahan empangan air mataku dari pecah.

“Tapi, Nuha tak nak tinggalkan abang. Nuha nak hidup bahagia dengan abang.." tangisannya belum berhenti.

“Sudah, sudah. Allah yang menentukan bila ajal dan maut kita. Kita boleh usaha, ikhtiar semampunya. Abang pun nak hidup bahagia dengan Nuha, hanya Nuha, just you.. Itulah doa abang setiap kali habis solat. Itulah impian abang selama ni. Nuha, macam inilah, nanti abang pergi jumpa Naurah dan minta informasi dan nasihat daripada dia, ya? Naurah mesti akan tolong kita semampu yang dia boleh." Nuha mengangguk lemah.

Malam itu, kami tidur berasingan atas desakan Nuha. Aku tidak mampu menolak lagi kerana kasihan akan dia. Ya Allah, asalkan aku boleh bersama Nuha, aku tidak peduli jika aku dijangkiti penyakit yang serius itu daripada dia.

Asalkan aku boleh bersama dia ya Allah.... Empangan konkrit yang tadi ditahan akhirnya pecah jua. Pagi itu, cuaca mendung tetapi aku tekadku untuk berjumpa dengan Naurah diteruskan jua.

Sesampainya di muka pintu bilik rawatan Dr. Naurah,perasaan ragu-ragu mula timbul samada mahu masuk sahaja atau menunggu waktu rehat Naurah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience