BAB 3

Romance Completed 6336

Pada mulanya, Nuha enggan untuk ke hospital tapi syukur hatinya mudah dipujuk.Kami ke Hospital yang berdekatan. Di situ, sepupuku, Naurah Arissa bertugas sebagai doktor.

Usai Naurah merawat Nuha, kami bertiga ke kafeteria. Naurah membisu sepanjang perjalanan ke sana.

Mukanya kelat. Setelah membeli sedikit kuih untuk dijamah, kami mengambil tempat di sudut kafeteria. Akhirnya, Naurah memulakan bicara,

“Abang Arul, boleh Naurah berbincang dengan kak Nuha sebentar?" Aku akur lalu meminta diri untuk ke tandas.

Entah mengapa hatiku menjadi sayu tiba-tiba. Petang itu, hujan turun dengan lebatnya dan meluahkan segala isi airnya yang tidak tertampung lagi.

Sampai di kafeteria, aku nampak... Nuha.... Nuha menangis? Kenapa? Seriuskah penyakitnya itu? Adakah sukar untuk disembuhkan? Fikiranku berkecamuk.

Lantas aku mengambil langkah seribu dan terus mendapatkan Nuha. Dengan tercungap-cungap, aku bertanya sambil menggenggam erat tangan isteriku itu,

“Nuha, kenapa ni?" Nuha menarik lengannya cepat-cepat seperti tidak mahu disentuh. Dia memandangku tanpa berkelip. Matanya kuyu. Pipinya yang putih melepak basah dengan hujan air mata.

“Nuha nak balik naik teksi.'' Tidak sempat aku bertanya lagi, Naurah meminta aku untuk membiarkan Nuha memujuk emosinya sendiri.

''Abang Arul, ini kes serius. Abang kena dengar dulu apa yang Naurah nak beritahu." Walaupun keberatan untuk melihat isteriku berjalan seorang diri, aku perlu tahu puncanya terlebih dahulu kenapa Nuha bersedih begitu.

Alangkah terkejutnya aku apabila Naurah memberitahu bahawa Nuha menghidap penyakit Aids.

Aku terkesima,fikiranku bercelaru. Kakiku menjadi longlai lalu aku tersungkur ke lantai. Tanpa kerelaan, sebutir demi sebutir air mata jernihku jatuh. Aku beristighfar berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience