BAB 9

Romance Completed 6336

Abang, jika memang benar nyawa Nuha dicabut awal dari abang, Nuha bersyukur kerana Nuha tidak dapat membayangkan keadaan Nuha hidup tanpa abang. Allah! Tentunya perit.

Abang, jika benar Nuha yang pergi dahulu, Nuha minta jasa baik abang untuk doakan Nuha sejahtera selalu di sana. Hadiahkan Al-Fatihah untuk Nuha setiap hari jika mampu.

Abang perlu kuat. Teruskan kehidupan abang dengan semangat yang baru. Nuha sentiasa dekat di hati abang. Abang, Nuha harap kita dapat bertemu di syurga sana.

Jika bukan Nuha yang menjadi bidadari abang di syurga nanti, harap abang sudi jadi sahabat Nuha. Doakan Nuha, ya. Salam sayang, isteri mu yang halal. Air mataku mencurah-curah jatuh, membasahi warkah itu.

'Ya Allah! Rindu aku padanya memuncak. Kau tabahkanlah hatiku dan kuatkan semangatku, kentalkan jiwaku,' aku berdoa penuh pengharapan. Hari berganti hari, benar, hidup ini sepi tanpa dia. Aku tahu, Allah ambil dia dahulu kerana tidak mahu dia menderita dengan penyakit yang dia alami.

Allah.. akan aku cuba juga untuk kuat supaya dapat meneruskan hidup yang belum sampai noktahnya ini. Aku telah diberitahu tentang kemalangan hari itu adalah berpunca daripada tulus dan kasih seorang perempuan tabah terhadap saudaranya.

Nuha menyelamatkan Naurah yang pada ketika itu sedang melintas sambil bercakap dengan telefon. Aku tahu, rumah Naurah memang tidak jauh dari situ. Besar harapanku agar peristiwa itu dapat membuat Naurah benar-benar insaf.

Dia telah berulang-kali menyatakan hasratnya untuk mengahwini aku, tetapi aku tolak. Bukan kerana aku menyimpan dendam pada dia tetapi hatiku benar-benar sudah tertutup rapat untuk merima perempuan lain.

Biarlah hanya bidadariku yang satu itu, memenuhi ruang hatiku untuk selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience