BAB 1

Romance Completed 6336

‘’SAH?!’’

“SAH!’’

“ÄLHAMDULILLAH.’’ Saat aku telah selesai melafazkan ijab dan qabul lapan bulan yang lalu, aku merasakan bahawa akulah jejaka malaya yang paling bertuah di muka bumi ini kerana Nuha ugerahi seorang isteri yang amat baik perilakunya, Nuha Jawahir.

Sekaya-kaya dia, sifat pemurah tidak pernah lekang dari sisinya. Nuha juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik.

Dia tidak pernah melawan perintahku selagi suruhanku itu tidak melampaui ajaran syarak.

“Encik Zahanif l Mustaqim!" Aku tersedar dari lamunan. Pantang apabila long name aku disebut.

“Astaghfirullah. Nuha, lain kali bagi salam. Terkejut abang."

“Encik abang, tadi Nuha dah panggil encik abang berdozen kali tahu? Encik abang yang tak perasan. Banyak sangat fikir pasal masalah negara ke?

“Nuha jongket kening. Aku tersengih. Akal pantas mengolah ayat.

“Yelah Nuha. Nampaknya negara kita telah mengalami kemerosotan pendapatan dalam bidang ker..." belum sempat aku bersyarah, Nuha sudah menekup mulutku dengan tapak tangan kecilnya.

“Cop cop cop. Nuha dah hafal pun skrip abang pasal masalah negara ni. Kot ye pun semangat nak naikkan tiang negara, tiang agama yang satu ni dah tunaikan?'' Aku menepuk dahi. Macam mana boleh lupa yang aku belum solat asar?

''Alapak! Abang lupalah Nuha. Ini semua salah Nuha, meleka-lekakan abang.'' Aku mengekeh ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience