BAB 7

Romance Completed 6336

Aku memujuk dia agar bertenang, walaupun diriku waktu itu sendiri seperti dikuasai syaitan laknatullah. Dengan kemas, aku menggenggam tangannya dan mengiringi Nuha ke kereta. Mungkin kerana dia sudah letih menangis, dia mula membuka kata,

“Tak apalah abang. Mungkin ini yang sudah tercatat di Luh Mahfuz. Nuha redha." Secebis senyuman tawar dengan bibir pucat lesi dia hadiahkan padaku. Hatiku menjadi sebak kembali tetapi aku perlu menahan air mataku daripada menitis. Aku perlu kuat supaya Nuha tetap kuat. Setelah diam sejenak, Nuha bersuara lagi,

“Abang, esok boleh bawa Nuha ke rumah anak-anak yatim di Cheras? Rindu pula pada mereka." Aku senyum dan mengangguk.

Semoga dengan lawatan kami ke situ, terubat sedikit kesedihan yang kami alami waktu ini. Kami singgah di surau Al-Muttaqin sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dihajatkan.

Kami hanya solat berdua kerana jemaah yang pertama telah usai mengerjakan solat. Setelah mengaminkan doa, kami bersalaman. Dahinya ku kucup penuh cinta.

“Abang, terima kasih kerana masih sudi setia di sisi Nuha buat saat-saat yang terakhir. Nuha minta maaf atas semua khilaf Nuha selama ini. Nuha sayang abang tau.." Sekali lagi air matanya mencurah.

“Nuha, abang tak pernah simpan dendam jauh sekali membenci Nuha. Selama ini Nuha jalankan tanggungjawab Nuha dengan baik sekali. Abang selalu dan akan sentiasa menyayangi Nuha. Pergi basuh muka, ya? Tak baik nanti anak-anak di teratak nampak muka Nuha suram je." Nuha mengangguk dan meminta diri untuk ke ruang wuduk.

Aku setia menantinya di dalam kereta. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hentakan yang amat kuat.Automatik aku menoleh ke arahnya. Rupa-rupanya ada sebuah kemalangan telah berlaku di hadapan surau.

Aku bergegas ke sana unutuk membantu mangsa kejaNuha. Sebuah lori Hilux telah terlanggar seorang gadis yang berjubah biru... Nuha ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience