BAB 2

Romance Completed 6336

Menyakat dan mengusiknya sudah menjadi hobi utama aku. Untung ada isteri penyabar tahap extravaganza ni.

Aku berlari-lari anak ke bilik untuk menunaikan solat asar. Sayup-sayup kedengaran suara Nuha,

“Abang, tunggu Nuha. Nuha nak jadi makmum!" Aku tersenyum.

Nuha semestinya tidak akan melepaskan peluang merebut pahala jemaah bersama. Usai solat, kami saling bersalaman. Nuha menggenggam erat tanganku. Bibirnya mula berbicara.

“Abang, ampuni khilaf Nuha pada abang dan halalkan rezeki yang telah kita kongsi bersama. Abang doakan rumah tangga kita sampai syurga ya? Kalau tidak sampai ke syurga pun, biarlah sampai hujung nyawa Nuha. Nuha nak minta maaf juga kalau satu hari nanti Nuha tidak dapat menjalankan tanggungjawab Nuha dengan sebaiknya. Maafkan Nuha ya.'' Lancar sahaja dia meluahkan segalanya pada aku.

Saat ini aku terasa amat syahdu. Semakin lama semakin mendalam cintaku pada Nuha. Mana mungkin aku tega melepaskan dia pada orang lain? Mana mungkin aku bisa hidup tanpa dia disisi?

Sungguh, aku tidak mampu. Selasa, bulan 6 2012. Nuha mengadu padaku bahawa dia mengalami pening kepala yang amat dan sekali-sekala muntah-muntah. Mengandungkah?

Tapi sudah sebulan kami tidak tidur bersama kerana aku baru sahaja pulang dari outstation seminggu yang lalu. Minggu ini pun, aku hanya sempat merehatkan mata di atas kerusi kerja sahaja.

Maklumlah, paper work bertimbun! Mungkin Nuha sakit biasa-biasa sahaja. Tanpa memikir panjang, aku membelikannya sepapan ubat Paracetamol dan sebotol vitamin.

Dua hari kemuNuha, Nuha masih tidak menunjukkan sebarang petanda positif. Dia makin kerap muntah-muntah terutama pada waktu malam.

Aku mula gusar. Hatiku terpalit rasa kasihan yang amat. Mukanya pucat lesi dan dia tidak aktif lagi seperti dulu. Seriuskah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience