BAB 4

Romance Completed 6336

''Tapi kenapa Naurah ? Apa puncanya?" Aku sangat kecewa apabila Naurah menjengketkan bahu tanda dia tidak tahu.

Mengapa? Bagaimana? Aku perlu tahu semua itu. Aku mahu tahu ! Aku cuba menggagahkan diri untuk kembali bangkit. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Naurah, aku meminta diri untuk pulang.

Dengan segala kudrat yang ada, aku memandu keretaku menuju ke rumah. Setibanya di sana, suasana sunyi dan sepi. Hanya bunyi cengkerik yang Dapat kedengaran.

Tiada lagi jeritan manja dan girang milik Nuha yang selalu meluru kepadaku setiap kali aku tiba di perkarangan rumah dari tempat kerja. Dengan lemah, aku melangkah masuk ke rumah sambil cuba mengolah kata-kata dan soalan yang perlu aku tanya pada Nuha.

Lampu di dalam bilik tetamu kelihatan menyala. Aku pasti itu Nuha. Mungkin dia ingin menyendiri dan menenangkan hatinya sekejap setelah mendapat tahu tentang berita buruk itu.

Aku cuba memutarkan tombol pintu bilik tetamu itu namun hampa, pintu itu terkunci. Niatku untuk bersua muka dengannya mati. Lalu, aku bergegas ke bilik dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak.

Lesu, kelu, hiba semuanya bercampur aduk. Sungguh, aku amat mencintai isteriku. Tidak mungkin aku sanggup hidup tanpa dirinya. Tidak mungkin aku akan melepaskan dia.

“Ya Allah, kurniakan kami kekuatan," Sebak, sedih menyelubungi diri. Apa yang harus aku lakukan?

Aku tekad untuk pergi memujuk Nuha. Pintu biliknya kuketuk. Nuha menguakkan pintu dengan perlahan dan menyembunyikan diri dibalik pintu. Aku memulakan bicara,

“Nuha, kenapa tak berjemaah dengan abang tadi? Nuha dah tak sudi?" Dia diam sejenak.

“Abang marahkan Nuha ?" Suaranya serak. Mungkin sudah penat menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience