BAB 8

Romance Completed 6336

“Ya Allah, Nuha ! Nuha !" Aku memapah Nuha ke pangkuanku. Kepalanya berlumuran dengan darah.

Lidahku terpaku. Air mata aku mula jatuh. Aku merintih semahu-mahunya. Nadi Nuha sudah berhenti. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu.

Dalam esakan itu, aku terdengar suara mirip Naurah tetapi tiada sedikit perasaan pun terdetik di benakku untuk menoleh.

Alhamdulillah. Selesai sudah pengebumian arwah isteriku, Nuha Jawahir. Kini, aku hanya bersendiri menetap di rumah kami.

Aku terdengar telefon Nuha berbunyi. Dengan lesu, aku mencapai tas tangannya dan mencari telefon bimbit miliknya. Tiba-tiba, selembar kertas warna biru muda melayang keluar dari tas itu.

Aku mencapainya dan mengenal pasti milik tulisan itu. Ya, tidak salah lagi, ia milik Nuha. Asssalamualaikum. Kepada suamiku, Encik Zahanif lAjmal yang sangat Nuha sayangi.

Warkah ini, sengaja Nuha coretkan memandangkan Nuha tidak tahu apa yang akan terjadi pada Nuha untuk masa akan datang. Abang, ketahuilah bahawa abanglah cinta pertama dan cinta terakhir Nuha selepas Allah, rasul dan kerabat.

Demi Allah, Nuha amat mencintai abang seperti mana Nuha mencintai kedua ibu dan ayah Nuha. Abanglah pelindung Nuha, semangat, sahabat, teman, kekasih dan nyawa Nuha.

Terima kasih kerana senantiasa di sisi Nuha. Terima kasih, abang. Abang, janganlah abang membenci Naurah di atas perkara yang telah dia buat tempoh hari.

Naurah itu baik, mungkin dia tersilap langkah. Jika Nuha berada di tempatnya, siapa tahu Nuha akan mengambil langkah yang sama atau mungkin lebih teruk? Wallahu A'lam.. Doakan Naurah dikurniakan hidayah ya. Bimbing dia kembali ke pangkal jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience