BAB 6

Romance Completed 6336

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengganggu waktu kerjanya. Tapi... Pintunya ku kuak perlahan.

“Jangan risau, ma. Lambat laun ajal dia sampailah tu. Ataupun diceraikan abang Arul nanti. Yalah, siapa mahu isteri berpenyakit A I D S.." Alangkah terkejutnya aku apabila terdengar perbualan Naurah dengan.. mak long? ''Naurah !'' Hatiku panas dan mula membara. Naurah terkedu dan diam seribu bahasa. Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman lalu jatuh ke lantai.

“Astaghfirullah Naurah ! Apa yang kau telah buat pada Nuha ? Apa yang kau bualkan dengan Mak Long tadi? Siapa yang akan diceraikan?" aku melantangkan suara. Terkumat-kamit mulutnya, mungkin ketakutan. Dia cuma tunduk membisu.

“Sebelum aku apa-apakan kau, lebih baik kau terus terang pada aku. Cepat!" Pertama kali aku menggertaknya sebegitu. Fail-fail kerja Naurah yang berada di atas meja aku tolak dengan kasar lalu jatuh bersepah.

“Beritahu!!" Naurah menitiskan air mata. Dia memberitahu aku bahawa dialah penyebab Nuha menghidap penyakit AIDS itu. Naurah menggunakan jarum suntik yang telah digunakan untuk pesakit AIDS yang dirawatnya untuk menyuntik Nuha semasa Nuha demam tiga minggu yang lalu.

“Naurah buat semua ni sebab perasaan cinta Naurah yang tinggi pada abang Arul.. Dari dulu Naurah beritahu abang. Tapi abang langsung tak pandang, lansung tak cuba untuk balas.

Abang asyik- asyik cakap pasal Nuha. Puji dia itu, ini. Macam tak ada langsung cacat cela. Apa kurangnya Naurah ?'' Aku segera keluar dari bilik rawatan itu. Dadaku penuh dengan amarah tapi aku cuba pertahankan. Ini bukan masanya untuk bergaduh.

Aku perlu dapatkan Nuha sekarang. Aku perlu cari doktor pakar. Aku mesti !

''Abang Arul! Abang.." Suara Naurah terheti begitu juga langkahku. Di..Nuha. Sejak bila dia berada di luar bilik rawatan itu.

Sudah terang lagi nyata Nuha sudah mendengar segala yang dibualkan oleh kami tadi. Pipinya dihujani air mata untuk kesekian kalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience