Aku terkejut mendengar Encik Firdaus ketawa. Kali pertama melihat dia tersenyum seperti itu. Hensem! Sumpah aku tak tipu
“ Maknanya tak ada la kan?.”
Aku menggeleng. Macam-macam la encik JPJ ni. Ada pulak tanya soalan tu
“ Aku terima nikahnya Naelofar Hanan Bt. Furqan dengan mas kahwin RM 2,000 tunai.” Dengan sekali lafaz Mohd Firdaus B. Mohd Sallehudin sah menjadi suamiku
Bila diingatkan balik aku tak sangka aku menemui jodohku secepat ini. Macam tak percaya kan Encik JPJ yang aku kata sombong dan banyak songeh tu dah sah jadi suami aku.
Memang sangat lawak bila Encik Firdaus a.k.a encik JPJ menghantar rombongan meminang seminggu selepas aku lulus ujian JPJ
Ayah dengan Ibu memang terkejut beruk. Mana tidaknya waktu itu aku sibuk dengan urusan masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kata ayah tunggulah sehingga aku cuti semester baru dilangsungkan akad nikah dan majlisnya. Si Syizmir apa lagi
Katanya masin sungguh mulutnya. Tu la kata lagi Encik JPJ tu jodoh aku. Kan sungguh dah dapat
Aku pulak, memang terkejut sangat-sangat bila dapat tahu cincin yang disuruh cuba hari tu adalah cincin tanda yang mahu diberikan padaku. Patutlah dia begitu bersungguh- sungguh bertanya sama ada aku sudah berpunya atau belum
“ Assallamualaikum.” Suara garau Firdaus yang sudah sah menjadi suamiku memberi salam
Aku yang ketika itu sedang membelek cincin terkejut dengan salam yang diberinya
Aku hanya menunduk memandang ke lantai. Berdebar-debar. Perasaan yang sama aku rasakan tatkala kali pertama mendengar suaranya. Bak kata kawan baikku, “ Kau ni macam dah jatuh tangga je.” Aku faham la maksudnya jatuh tangga tu jatuh cinta dalam kamus aku dan kawan-kawan rapatku
Share this novel