BAB 7

Romance Completed 4120

Aku menelan air liur sendiri. Janganlah gagal lagi. Tapi apa yang aku buat? “ Saya nak singgah kedai sekejap. Ada benda penting.” Encik JPJ terus sahaja keluar

Aku masih terpinga-pinga. Apa jugak la encik JPJ ni. Aku mengerling jam tangan jenama Elle yang sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Patut lah. Nak beli makanan kot. Aku dapat melihat encik JPJmasuk ke kedai emas. Apa jugak dia nak beli? Tak kan lah dia nak makan emas untuklunchdia? Pun boleh Encik JPJ. Aku tersengih sendirian sambil menggelengkan kepala. Tak faham betulaku. Biarlah dia. Yang penting aku lulus nanti

Jenuh jugakaku menunggu. 15 minit kemudian, encik JPJ keluar dengan membawa beg kertas berwarna pink. Dia beli barang kemas untuk mak dia kot. Ke isteri dia ke. Aku masih berteka-teki

“ Bolehtrytak cincin ni kat jari awak?.” Encik JPJ menghulurkan sebentuk cincin emas putih dengan bertahtakan sebutir batu

Aku menyarungnya walaupun dalam hati tertanya-tanya sebabnya. Nampak cantik. Tepat dengan ukuran jari aku. Kemudiannya aku cepat-cepat menanggalkan cincin tersebut

“ Nah.” Aku menghulurkan cincin tersebut

Raut wajah encik JPJ berubah keruh sewaktu aku mengembalikan cincin tersebut. Kenapa pulak dengan encik JPJ ni? “ Kalau saya nak tanya sesuatu boleh?.

Aku masih mendiamkan diri. Takut pulak aku tengok encik JPJ ni

"Tanya la.”

“ Awak dah ada teman istimewa?.”

Terkerut-kerut dahiku mendengar soalannya. Biar betul encik JPJ ni

“ Saya ni bawah umur lagi pakcik.. eh silap. Encik Firdaus.” Aku memandang sekilasname tagyang dipin kemas pada baju seragamnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience