BAB 4

Romance Completed 4119

“ Dah tu kau tengok muka aku ni muka bahagia ke?.” Kulihat Syizmir sudah menarik muka 14

Nombor giliranku 24 dipegang erat. Mengeletar jangan cakap la. Aduhai. Mana pulak pegawai JPJ ni?

“ Hensem kot pegawai JPJ tu.” Syizmir menyiku lenganku

“ Mana?. Yang itu ke?.” Aku menunjuk kepada pegawai JPJ yang kepalanya sudah bersulah dan rambut berwarna putih. Saja aku mahu mengusik. Aku tahu Syizmir maksudkan pegawai JPJ yang seorang lagi tu. Memang la hensem. Badan tegap. Kulit putih pulak tu

Pakai cermin mata hitam. Wah ! sekali pandang macam Danny X-Factor tu

Syizmir sudah menarik muka empat belas. Aku tergelak kecil. Calon yang akan diuji diberi taklimat serba sedikit tentang kesalahan mandatori iaitu keselahan yang boleh gagal terus. Salah satunya titi. Mesti lebih 7 saat. Kalau jatuh terus gagal bahagian 2

Sementara menunggu giliran tu memang berdebar habis la kan. Dup dap dup dap

Jantungku membuat kerja mengepam darah terlebih masa. Haih. Bila la giliran aku ni. Aku perasan yang pegawai JPJ ala-ala Danny tu nampak seperti sombong orangnya. Tapi tak tahu la kan. Bak kata orangdon’t judge a book by it’s cover

Selesai jeaku buat ujian bahagian 2 dan bahagian 3, aku kena naik atas pondok JPJ tu duduk. Tinggi jugak pondok ni. Masa aku nak isi nama dengan nombor kad pengenalan aku perasan si JPJ hensem yang Syizmir maksudkan tu. Amboi muka dia. Macam nak makan orang je

“ Tahniah la. Lulus dah.” Pegawai JPJ yang berkulit hitam manis bertutur perlahan

“ Nanti saya nak frame ni.” Selamba je aku cakap macam ni kat pegawai JPJ ni

“ Apa dia?. Ohh nak frame? Frame je la. Letak kat ruang tamu tau.” Pegawai JPJ tersebut gelak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience