BAB 10

Romance Completed 4119

“ Awak..” Aku menekan-nekan manik yang dijahit pada gaun perkahwinanku yang berwarna hijau. Mataku tidak berani untuk memandangnya

Firdaus masih lagi membatu seperti tadi. Jari-jemari terasa sejuk. Aduhai suamiku

“ Naelofar betul-betul sayangkan abang?.” Akhirnya Firdaus bersuara juga

Aku mengangguk laju. Firdaus merenungku. Tajam sekali pandangan matanya

Warna anak matanya berwarna Hazel. Aku terpesona seketika. Mana la pernah pandang mata dia sebelum ni. Bertunang dua bulan lepas tu terus kahwin. Mana ada jumpa. Kali terakhir jumpa pun masa ujian JPJ hari tu la

“ Kalau sayangkan abang, cuba panggil abang. Ni tidak panggil awak.” Aku menggaru- garu kepalaku yang tidak gatal

“ Abang.” Firdaus terus memelukku erat

Dahiku dikucup perlahan. Kemudiannya dia berbisik perlahan.

“ Naelofar adalah segala- galanya bagi abang. Kali pertama pandang wajah Naelofar. Abang dapat rasakan sesuatu yang berlainan. Sangat aneh perasaan tu. Abang cuba menolak. Yela umur kita sangat berbeza kan. Naelofar baru 19. Abang dah masuk 28 bulan depan. Pada mulanya abang sangkakan Naelofar sudah berpunya. Yela sekarang ni macam trend pulak masing-masing ada pasangan. Tapi sangkaan abang berubah bila abang tanya cikgu yang ajar Naelofar kereta. Pak cik banyak tolong abang. Carikan alamat rumah dan macam-macam la.”

Aku hanya menjadi pendengar setia. Patutla pak cik tanya macam-macam kat aku

Aku bersyukur kerana mendapat suami sebaik Firdaus. Meminang pun ikut Islam hantar orang tuanya berjumpa dengan ibu dan ayah.

Memangla kawan-kawan aku kata kahwin muda ni tak ada life tak bebas dan sebagainya.

Aku tak kisah semua tu. Dah sampai jodoh aku waktu umur semuda ini. Nak buat macam mana dah ketentuanNya.

Siapalah aku untuk menolaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience