BAB 2

Romance Completed 4119

Keknis dan Darla begitu tekun menulis borang pemulangan buku. Beberapa minit kemudian beberapa rakan sekelasku datang untuk memulangkan buku teks.

Sebaik sahaja proses pemulangan buku teks selesai, aku menyalam Cikgu Syikin. Memohon maaf dan meminta agar dia menghalalkan ilmu yang telah dia curahkan kepadaku.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Apa salahnya bersalaman buat kali terakhir. Mungkin juga selepas ini tidak dapat bertemu lagi

Malam itu, aku membuka laman sosial iaitu laman muka buku. Amboi ramainya Yang online. Dah berhabuk rupanya laman muka buku aku ini. Kali terakhir aku membukanya adalah dalam beberapa bulan yang lalu. Pop sound dari chatbox mengejutkan aku yang sedang mengelamun. Syizmir rupanya

“Weyh, jom ambil lesen kereta.”

Aku menaip. “ Bila ?takyah laawal-awal sangat. Bagi otak rest dulu.”

“ Aku bukannya nak pergi esok -,-.”

“ Dah tu?”

“Three, four, five...”

“ Kau ni main-mainpulak.”

“ Hujung bulan Disember nak?.”

“ Okey set.”

Aku bersembang dengan Syizmir di laman muka buku sehingga tidak sedar sudah Larut malam. Mata ni pulak tak terasa mengantuk. Sudah biasa agaknya tidur sehingga larut malam. Kadangkala pukul 3 pagi baru aku melelapkan mata untuk mengulangkaji buat kali terakhir

Buku-buku tulis, buku rujukan dan kertas yang beratus helai masih berselerakan diatas lantai bilikku. Biarlah dulu. Aku masih tiada mood untuk mengemas bilikku yang seperti tongkang pecah ini. Kalau ibu tengok comfirm kena ceramah berbakul-bakul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience