BAB 5

Romance Completed 4119

Sebelum melangkah pergi aku ucapkan terima kasih. Nak tahu pegawai JPJ tu cakap apa? “ Kasih diterima.” Aduhai encik JPJ ni. Sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya

“ Kenapa awak memandu secara merbahaya macam ni?. nasib baik saya sempat. Tarik stereng. Kalau tak?.

Aku yang masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku terkaku. Hanya mendiamkan diri apabila Encik JPJ disebelah ni membebel itu dan ini.

Masih teringat bagaimana aku mahu memotong lori dihadapan yang konon-kononnya untuk mengelakkan dari melanggar buntut lori tersebut. Kalaula encik JPJ ni lambat bertindak. Alamatnya kami bersama-sama pergi ke batu dua

Sangat-sangat kecewa sebab gagal ujian memandu untuk kelas D (kereta). Nampaknya kena ambil sekali lagi la.

Kalau dikhabarkan kepada Syizmir mesti dia menjerit. Yela yang menjadi penguji tu adalah encik JPJ yang dikatakan hensem sewaktu ujian JPJ motosikal

Bila aku tengok borang warna merah jambu tu. Aku tengok encik JPJ ni pangkah untuk periksa free gear. Aku buat la. Eee. Takkan dia tak nampak kot. Aduhai. Nasib-nasib

Balik je rumah memang sah-sah la kena gelak dengan ibu dan ayah. Aku memujuk hati yang lara. Lara la sangat kan

Pak cik Satar la satu-satunya yang memberikan sokongan dekat aku. Katanya pak cik cuma risau bahagian 2 dalam litar. Ala yang tiga penjuru tu. Sampai tak boleh tidur katanya. Alih-alih yang bahagian 2 lulus. Yang bahagian 3 sebaliknya pulak. Tak apalah pak cik kata belum rezeki lagi untuk aku dapat lesen. Syizmir sekali je dah lulus. Cemburu pulak rasanya.Aku masih teringat apa yang Syizmir katakan padaku. “ Entah-entah jodoh kau dengan encik JPJ tu tak?

Aku sudah pun masuk ke dalam perut kereta kancil. Kuatnya encik JPJ ni pasang penghawa dingin. Aku mengerling ke kiri. Nampak file biru je. Pegawai JPJ nye tak ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience