BAB 9

Romance Completed 4119

Firdaus melutut dihadapanku yang ketika itu sedang duduk diatas katil yang dihias indah sempena perkahwinan kami

“ Naelofar nampak cantik dan comel sangat hari ni. Teringat pulak kali pertama terpandang wajah Naelofar masa kat litar beberapa bulan yang lalu.” Firdaus mengangkat daguku supaya memandang wajahnya

Wajahku bertukar menjadi panas. Badanku kaku tidak berganjak. Aduhai suamiku ini

Nak menggoda ke apa ni

“ Abang jatuh cinta kali pertama melihat wajah Naelofar sewaktu kali pertama jadi penguji Naelofar. Muka Naelofar nampak sangat comel waktu cuak hari tu.” Firdaus sudah tersenyum memandangku

“ Macam la Naelofar tak tahu awak gelakkan Naelofar kan time Naelofar gagal ujian JPJ hari tu kan.

Aku bersuara perlahan

“ Naelofar tahu tak, abang cemburu tau bila kawan abang cakap kasih diterima pada Naelofar.

Firdaus berbisik lembut ditelingaku

“ Awak sombong sangat siapa suruh.” Aku menjauhkan diriku sedikit. Dekat semacam je

“ Yela kan.” Nada suaranya kedengaran seperti berjauh hati. Firdaus terus bangun dari tempatnya

Eh? Merajuk ke? Ibu ! Tolong Naelofar. Naelofar tak reti nk pujuk orang merajuk. Aku memberanikan diri untuk mendekati Firdaus yang sudah berdiri berpeluk tubuh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience