BAB 3

Romance Completed 4119

Masa yang berlalu terasa begitu cepat. Sekejap sahaja sudah bulan Disember

Seperti dijanjikan, aku, Syizmir dan dua orang jiran kawan baikku menghadiri kursus selama lima jam. Boring tu jangan cakap la kan. Aku dan Syizmir duduk bersebelahan. Buku nota dihadapan mata yang konon-kononnya nak mencatat perkara penting sudah dipenuhi dengan contengan dan lukisan nukilan aku dan Syizmir. Terasa seperti kanak-kanak tadika pula

Menconteng buku dengan lukisan yang comel

Selesai sahaja kursus selama lima jam akan menyusul pula ceramah tiga jam untuk mendapatkan lesen L itupun setelah lulus ujian berkomputer. Markah lulus 4250. Macam tak percaya pulak aku boleh score sampai 4950. Mana tidaknya baca buku 500 soalan tu macam menghafal buku teks sejarah

Bila dapat je lesen L maka bermulalah kelas yang perlu dihadiri. Aku dan Syizmir mengambil lesen motor dan kereta. Pakcik Satar kata kalau ambil package lagi murah

Memang gigih aku dan Syizmir berlatih bawa motor. Yela sebelum ni mana pernah tunggang pun. Motor dekat sekolah memandu ni memang gila berat la. Cukup beberapa hari pergi training motor lebam kaki kiri dan kanan. Untuk kereta belum lagi sebab pak cik kata selesaikan satu-satu dulu. Nanti pening pulak. Aku ni bukannya boleh bagi tekanan sangat

Nanti aku boleh jadi stress

Sebulan kemudian, aku dan Syizmir mula daftarkan nama untuk di uji oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) pada hari Khamis nanti. Alhamdulillah waktu QTI dulu lulus. Motor ni tak ada la susah mana nak bawak tapi bila ada isyarat tangan tu yang menyebabkan aku agak sukar untuk mendapatkan skill itu. Kadang-kadang aku tak faham jugak kenapalah mesti ada isyarat tangan tu. Signal kan ada? Mungkin juga diperlukan sewaktu kecemasan

“ Aku cuak kot.” Syizmir disebelah berbisik perlahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience