BAB 6

Romance Completed 4119

Pak cik yang bertugas suruh calon ulangan masuk kereta dulu. Tatkala mendengar pintu disebelah kiri dibuka.

Aku hanya memandang ke depan. Seminit, dua minit. Masuk minit ketiga aku terdengar encik JPJ disebelah berdehem.

Aku terkejut. Alamak lupa pulak tak bagi lagi borang berwarna pink kat dia. Bila bebola mata aku memandang wajah encik JPJ disebelah aku terkejut beruk. Dia ni lagi? Oh tidak!

Sekali lagi jantungku membuat kerja terlebih masa tanpa keizinan tuannya sendiri iaitu aku!

Masa tu la aku teringat apa yang Syizmir cakap padaku beberapa hari sebelum aku mengambil test JPJ buat kali kedua. ‘ Mana tau encik JPJ tu jodoh kau.’ Aku mengeleng

tanpa aku sedari aku sudah menarik dan menolak kerusi kereta kancil entah keberapa kali

“ Cik, kesian kat kerusi tu.” Suara garau encik JPJ menerjah halwa pendengaranku. Aku tersengih. Ya Allah. Kenapa dengan aku ni?. Akhirnya kereta kancil pun mula bergerak untuk dibawa ke jalan raya yang telah dipilih. Jalan T

Kedua-dua belah tanganku menggeletar jantungku berdegup kencang. Dah la dalam kereta ni memang sejuk. Aduhai. Encik JPJ tolong slowkan penghawa dingin.

Aku hanya mampu berkata didalam hati. Dengan kuasa Tuhan. Encik JPJ ni tiba-tiba menjadi baik hati dia tolong perlahankan penghawa dingin. Tuhan mendengar rintihan ku

Sepanjang perjalanan aku tidak berhenti membaca surah Kursi. Ibu yang menyuruhku untuk membacanya. Alhamdulillah sungguh lancar pemanduanku. Sampai sahaja lampu isyarat pasti hijau atau merah. Yela bawak kereta manual ni memang susah sikit. Itu pun mati enjin dua kali tadi

“ Berhenti kat tepi jalan.” Encik JPJ disebelah member arahan padaku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience