9 denda

Romance Series 3661

Masing-masing menatap sesama. Quinn bertentang mata dengan Elyn. Elyn juga begitu.

Manakala empat lelaki tadi berbuat demikian terhadap badboys.

Lama mereka saling berpandangan. Seakan menyalahkan diri sendiri.

"Guys, stop it. Menyampah aku korang ni. Bila nak mula denda kita ni?" soal Quinn. Mereka memandang Quinn.

Raven duduk di salah satu bangku lalu kakinya disilangkan.

"Kau buat" pandangan inis diberikan pada Quinn.

"Kau nak aku buat seorang diri ke apa?" tanya Quinn.

Raven mengangguk. Kini mereka berada di belakang sekolah untuk melaksanakan denda yang diberikan Cikgu Moktar kepada mereka.

Ya, denda mereka ialah membersihkan dua kolam terbiar yang dipenuhi lumut dan air kotor. Sekali pandang memang jijik sebab terlalu kotor. Dua kali pandang, rasa nak mati.

"Betul kata you, sayang. Kau je lah buat semua ni sorang-sorang" sokong Elyn. Dia duduk di sebelah Raven. Tangannya gatal memeluk lengan lelaki itu.

"Tch, dasar perempuan gila" gumam Quinn perlahan. Perlahan-lahan dia mendekati lalu masuk ke dalam kolam kotor it.

"Biar betul minah ni. Main masuk je"

"This is unfair" bisik Quinn. Lelaki yang bergaduh dengan Raven terdengar hanya diam.

Mereka hanya memandang Quinn yang bertungkus lumus membersihkan kolam itu.

Hanya separuh bahagian saja yang bersih. Kerja mencuci kolam yang kotor bukannya senang.

Kotoran-kotoran serta lumut yang melekat pada dinding kolam mengambil masa yang lama untuk dibersihkan.

Jam telah menunjukkan 2 petang dan kelibat pelajar yang lain sudah tidak kelihatan kerana masing-masing sudah pulang ke rumah. Yang tinggal hanyalah 10 orang pelajar yang dikenakan denda.

"Aku nak balik lah. Kau tolong eh bersihkan" Raven berdiri kemudian berlalu pergi. Elyn turut berdiri.

"Raven, I ikut you eh. Kau bersihkan tempat ni tau" sempat Elyn tersenyum sinis. Steve dan Leo turut mengikuti mereka.

"Bro. Aku pun nak kena balik lah. Kitorang chau dulu" tiga kawan kepada lelaki itu bersuara.

"Ok"

Yang tinggal hanyalah mereka bertiga. Quinn, Noah dan lelaki tidak dikenali.

"Korang dua taknak balik ke?" soal Quinn pelik. Dua lelaki yang berdiri pegun itu dipandang.

"Ah, aku nak baliklah ni" Noah menjawab sebelum kakinya diatur pergi dari situ.

"Kau?"

"Aku Leong" jawabnya.

"Ouh hai. Tapi aku tak tanya nama kau pun. Kau taknak balik ke?" soal Quinn.

Leong tersenyum kecil. Comel. Matanya mengecil biarpun dia tersenyum kecil.

"Takkan nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kan. Tak macho lah" beg yang disangkut pada bahu dia letak di bangku berhampiran. Kemudian, dia mengorak langkah lalu dengan selamba masuk ke dalam.

Quinn terjerit kecil apabila air kolam itu memercik ke arahnya.

"Sorry. Tak sengaja"

Mereka berdua kembali membersihkan kolam. Leong cuba memecahkan kesunyian.

"Kau okey ke?" terhenti Quinn seketika. Badannya dipaling bersama kerutan di dahi.

"Okey? Apa maksud kau?"

"It's been a month since you are here. Kenapa kau biarkan dorang buli kau?" soal Leong hairan. Sudah sebulan berlalu dia memerhati gadis yang cukup terkenal di Evans itu.

Dia hanya diam apabila dirinya dibuli.

"Lama-lama bosanlah tu. Kurang kasih sayang memang macam tu"balas Quinn selamba. Leong hanya memerhati gadis itu.

Mereka mula bercerita. Sesekali Quinn ketawa kecil apabila mendengar lawak bodoh Leong.

Tidak dinafikan Leong seorang yang peramah dan mesra alam. Quinn berasa selesa apabila bersama Leong.

Kerja pembersihan selesai tepat pukul 5 petang. Haih, ingat senang ke nak bersihkan tempat puaka ni.

Quinn mengeluh lega. Akhirmya siap juga kerja mereka berdua.

"Terima kasih tau Leong sudi tolong aku" ucap Quinn. Leong tersenyum membalas.

"No problem, sis. Lagipun denda tadi bukan denda kau sorang je" jawab Leong.

Kedua-dua remaja itu beriringan keluar dari pagar sekolah.

Baju mereka jangan cakap, penuh dengan kotoran berwarna coklat dan hijau.

"Kau balik ikut apa? Kalau nak, aku boleh tumpangkan kau sekali" pelawa Leong. Dia sudah duduk di atas superbike berwarna hitamnya.

Quinn berfikir sebelum menggeleng.

"Takpelah. Rumah aku dekat je dari sekolah"

"Baiklah. Kalau macam tu, aku balik dululah. Kita jumpa esok. SYS" deruman superbike semakin lama semakin jauh.

Gadis itu berjalan pulang ke rumahnya.

Denda yang amat memenatkan baginya.

Badannya dihidu. Riak muka berubah.

"Euw. Busuk gila! Berapa tahun atuk tak bersihkan kolam tu"

Haih what a bad day.

•••

"Rora? Bila sampai ni. God, what happen to you? Kenapa kotor sangat baju kamu ni?" mama aka Tengku Helda menegur anaknya. Mukanya kelihatan risau melihat keadaan anaknya.

Pulang dalam keadaan yang kotor.

Gadis itu hanya mampu tersengih.

"Biasala, ma hehe"

Tengku Helda hanya mampu menggeleng.

"Dah pergi naik atas, mandi. Busuk anak mama ni"

"Aye aye, ma'am"

Kaki segera menaiki anak tangga. Quinn segera mengambil tuala yang tersadai di tempat menyidai lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience