Mata dibuka perlahan. Benda pertama yang dia nampak ialah siling berwarna putih.
Quinn mengalihkan pandangan ke arah seorang pelajar lelaki yang duduk melayan smartphone.
"Kau dah sedar?" soalnya membuatkan Quinn terkejut.
"Noah?" Noah menyimpan smartphone ke dalam poket. Badan disandarkan pada belakang sofa. Matanya merenung Quinn.
Quinn yang dipandang sedemikian berasa tidak selesa. Dia berdehem sikit.
"Kenapa kau kat sini?" soal Quinn.
"Kau" Noah tersenyum senget.
"Aku?" tanya Quinn terkebil-kebil.
"Kamu pengsan tadi. Budak Noah yang tolong hantarkan kamu dekat bilik ni" seorang jururawat masuk ke dalam.
Quinn dan Noah serentak memandang.
Jururawat itu tersenyum.
Noah berdiri.
"Aku pergi dululah" Quinn hanya mengangguk.
"Amboi, Rora. Dah ada pakwe tak kenalkan kat akak" usik jururawat perempuan itu. Quinn memasamkan muka.
"Manada lah, kak Manda" bidas Quinn.
"Em yelah tu. Ni kenapa boleh pengsan ni. Kalau atuk tahu Rora pengsan, akak nak jawab apa nanti" bebel jururawat itu.
"Akak. Berhenti membebellah. Rora tak suka. Buat taik telinga Rora ni cair je" Quin berkata dengan laju. Telinganya digosok-gosok. Tidak suka jururawat muda itu membebel. Amanda yang melihat hanya kaku sebelum ketawa kecil. Quinn pandang dia.
"Kak Manda kenapa?"
"Marah ke tu?" usik Amanda.
"Kak! Manada," rajuk Quinn. Amanda dijelingnya.
"Akak gurau jela. Ni, nak rehat kat sini atau balik kelas ni?" soal kak Manda. Barang-barang keperluan bilik kesihatan di letak atas meja. Sarung tangan dibuka.
"Balik kelas," kata Quinn perlahan.
"Habistu? Yang tercegat kat sini tu buat apa, Tengku Quinn Aurora oi!" Quinn membulatkan mata. Tangannya menutup mulut Amanda.
"Kak. Janganlah sebut kuat sangat. Nanti orang dengarlah," bisik Quinn.
"Entah apa-apa lah gaya Rora ni. Dah pergi balik kelas. Jangan nak ponteng kelas eh," Quinn menaikkan bebola mata ke atas.
"Yela nenek tua!"
"Apa dia?!"
"Hehe takde apa. Er-ar-pergi dulu eh. Bye!"
Amanda yang melihat perangai adik sepupunya itu hanya menggeleng. Tengku Amanda Aulia Tengku Howard merupakan sepupu gila-gila Quinn. Beza umur taklah berapa jauh sangat. Beza umur mereka 5 tahun saja. Sepupu belah mak lah katakan.
•••
Quinn masuk ke kelas seperti tiada apa-apa berlaku.
"Well, tengoklah siapa yang datang sekarang ni," Quinn hanya buat tak tahu dan berlalu pergi ke mejanya iaitu sebelah Harley.
Harley pandang dia risau.
"Kau okey tak ni?" soal Harley perlahan.
"Aku okey. Best juga kena denda eh. Tapi yang tak best bila ada orang tu aniaya aku sampai aku yang kena hadap denda tu" kata Quinn kuat menyebabkan kepala Elyn terteleng. Dia memandang Quinn tidak puas hati.
"Em. Aku dah agak dah. Minah tu kan jeles sebab kau dapat title Queen sekolah. Maybe sebab tu kot dia entah apa dia bagi cikgu pj tu sampai sanggup denda kau sorang" tambah Harley lagi.
Kemudian, kelas dimasuki oleh empat orang pelajar Evans. Quinn mencari kelibat itu. Dia tersenyum apabila ternampak Noah sedang memandangnya.
"Feeling better?" soalnya berbasa basi. Quinn hanya mengangguk.
"Thanks"
"Erm..." Noah kembali duduk dan menghadap depan.
"What?" Quinn mengangkat kening apabila Harley memandangnya.
"Kau buat apa dengan dia? Eh, bukan. Dia buat apa dengan kau. Dia ada apa-apakan kau eh? Mari sini aku siku mamat ni" belum sempat Harley menyerang Noah, Quinn terlebih dahulu menghalang.
"Dia tolong aku bawa aku pergi bilik kesihatan tadi. Kau ni, tak baiklah buat macam tu," kata Quinn menggeleng. Harley tersenyum malu.
"Eh lupa pula mamat ni yang angkat kau"
"Kau dah okey lah ni?"
"Ye. Aku dah okey. Jangan risau lah"
"Yeke?"
"Ye. Tak mati lagi. Kecoh ah kau"
"Quinn!" marah Harley. Dia tinggal nak telan muka Quinn saja sekarang ni. Orang tanya, dia boleh pula jawab sepatah-sepatah.
"Ish, kau ni. Jangan risaulah. Aku tak apa-apa," Quinn tersenyum.
"Yela,"
Raven yang mendengar dari tadi mendengar perbualan mereka berdua.
"Kau fikir apa yang aku fikirkan?" Steve bertanya kepada Raven.
Raven angkat kening menanti bicara dari Steve.
"Noah--"
Mereka berdua pandang Noah yang sedang tidur.
•••
Alarm sekolah berbunyi. Quinn dan Harley awal-awal lagi keluar dari kelas. Kesemua pelajar dalam kelas 5 Vernate keluar meninggalkan Badboys di dalam.
Raven, Steve dan Leo pandang Noah yang sibuk mengemas beg. Noah menoleh apabila dia merasakan dia diperhatikan. Kening diangkat tinggi.
"Asal?"
"Jadi tak plan kita?" tanya Raven.
"Plan yang apa tu?" tanya Noah balik. Setahunya mereka tidak membuat sebarang rancangan hari ini. Dia memasukkan buku teks kimia yang besar serta tebal di dalam beg. Kalau cikgu tak paksa dia bawa buku tebal ni, memang dah lama tinggal rumah.
"Aduh, otak lembab kau ni tak jalan lagi ke. Plan buli Quinn," jelas Leo pula. Kadang dia bengang dengan kawannya itu. Otak mengalahkan siput babi.
Noah pantas mengangkat muka.
"Er, aku tak ikut kut. Korang je lah pergi buli dia," Noah menyandang beg di bahu. Dia keluar dari kelas tanpa memandang kawan-kawannya.
Ahli badboys yang lain berpandangan.
"Something's fishy here," Leo berkata sambil melihat Noah berlalu pergi.
Raven berfikir. Noah? Quinn?
•••
Quinn menghembus nafas berat. Selepas saja makan malam, dia dibebel oleh Tengku Asher, Tengku Helda dan Tengku Heyden Evans. Semua bertanyakan tentang soalan yang sama.
"Kenapa boleh jadi macam ni?"
"Siapa buli Rora?"
"Dah makan ubat belum?"
Soalan yang hampir sama apabila dia dikhabarkan pengsan. Ni semua kak Amanda punya pasal.
IPhone berdering minta diangkat. Tertera nama kak Amanda. Hah panjang pun umur.
"Hello. Ye?"
"Sedap tak kena bebel?" soalnya di sana sambil ketawa kecil.
"Fuh. Siap bagi pakej bodyguard lagi. Kak Manda nak tahu, Rora tadah telinga selama 2 jam tau dengar dorang membebel. Lagi-lagi mama yang membebel. Cair tahi telinga Rora," mengusap telinganya. Siapa saja tahan mendengar bebelan keluarganya.
"Hehe. Bodyguard? Okeylah tu hire bodyguard" soal Amanda pelik.
"Atuk cadang nak Rora pergi sekolah dengan bodyguard. Takut nanti kena buli lagi" jelas Rora. Keluhan kecil dilepaskan. Bukan sekali dia terlibat dalam masalah seperti ini. Seringkali juga dia masuk bilik disiplin sebab gaduh. Tapi itu bukan salah dia. Salah orang lain yang sengaja cari gaduh dengan Quinn. Quinn mana boleh duduk diam.
Tapi kali ni bukan buli, dia kena aniaya oleh perempuan sewel tu.
"Nasib Roralah dapat atuk protective macam tu,"
"Haih,"
"Okeylah. Akak nak letak phone ni memandangkan cerita kita dah basi," Quinn menguap perlahan.
"Okey. Good night," talian dimatikan.
Quinn baring di tilam. Matanya kaku memandang siling putih di atas.
Fikirannya menerawang jauh ke udara. Noah.
Nama itu tiba-tiba terlintas di fikirannya. Muka tu seakan familiar baginya. Tapi siapa.
Quinn tersenyum sikit.
"Eish, apa aku fikir ni"
Quinn menggeleng laju. Selimut ditarik menyelubungi badannya. Dia terlena.
Share this novel