Harini merupakan first day sebagai murid baru di sekolah baru yang didaftarkan oleh Tengku Heyden Juan Evans yang merupakan datuknya sendiri.
Bukan apa, cuma like seriously gadis bernama Quinn Aurora ber-tengku-kan Asher Heyden Evans itu perlu bersekolah di private school? Bukan apa, setiap kali gadis itu masuk dimana-mana sekolah elit, pasti saja dia terkenal. Terkenal dalam golongan haters. Yalah, gadis berkelahiran British itu mampu menarik minat pelajar ditambah lagi dengan anak matanya yang berwarna biru kelabu itu.
Sebab itulah, Quinn lebih suka bersekolah di sekolahnya dulu. Semua pelajar dekat sana mesra alam sampai tiang tepi jalan pun dorang pergi tegur. Quinn dah sebati hidup dalam golongan sederhana. Baginya, sekolah itu dah sehidup semati dengannya. Semua kawan-kawan dekat sana kamcheng habis. Buktinya, sampai sekarang gelaran tengku itu kemas disembunyikan. Nanti jadi masalah pula muncul golongan-golongan hipokrit yang tak tahu malu berkawan dengan pangkat tengku. Euw tolonglah. Bagi Quinn, orang begitu patut diikat dan dimasukkan dalam guni lalu dihumban ke dalam sungai. Biar arus nyahkan orang itu.
Dengan langkah keterpaksaan, Quinn Aurora menapak masuk ke dalam private school of Evans.
"Hm, tengoklah nanti. Aku akan jadi tatapan umum dekat dorang first day ni." Quinn berkata perlahan.
Dia memerhati sekeliling. Seperti yang dia agak, semua mata memandang ke arahnya. Pandangan perempuan dia dah boleh agak. Quinn tersenyum senget. Terancam letuw dengan rupa paras aku! Siapa suruh ayah korang tak kahwin dengan perempuan cantik eh.
Bagi pelajar lelaki pula, ah tidak. Quinn kenal sangat akan pandangan itu. Pandangan yang nakal kerana ada bidadari dari tanah masuk ke dalam Evans. Dia tahu sebab semua kawan lelaki dekat sekolahnya dulu macam tu. Pertama nak kenal-kenal, lepastu tanya single couple. Siap bagi ayat pickupline lagi. Dah basi dah.
Tanpa menghiraukan pandangan mereka, Quinn berjalan dengan pantas. Muka ditundukkan tidak mahu sesiapa melihat wajahnya. Cukuplah sesi tenung menenung ni. Penat aku layan fans.
Buk!
Tiba-tiba tanpa sengaja, badan kecil itu telah merempuh satu badan yang boleh tahan besarnya juga. Dia jatuh terduduk di atas tanah.
"Aduh, guni mana lagi yang terdampar kat sini ni" keluh Quinn geram. Dia berdiri sambil membersihkan habuk di punggungnya.
"Guni kepala otak kau!" marahnya. Quinn berasa pelik. Dia yang menunduk dari tadi mengangkat muka. Dia lihat guni itu terkaku. Eh bukan guni tu saja tapi tiga guni yang lain juga merenung dirinya. Quinn tukar muka menyampah. Guni itu masih merenung dirinya seperti dia ni adalah banduan yang terlepas dari lubang pembentung. Buruk sangat ke muka aku ni.
Quinn meraba mukanya. Okey je kot. Manalah tau taik hidung aku keluar. Buat malu keturunan aku je nanti.
"Dah puas tenung aku?" tanya Quinn selamba. Keempat-empat mereka tersentak. Masing-masing mengawal muka dingin. Eseh, berubah habis muka dorang.
"Apa masalah kau langgar-langgar?!" seorang daripada mereka bersuara. Bukan yang guni tadi tapi sebelah dia. Em not bad. Good looking. Rambut terpacak. Bibir merah kehitaman. Mesti merokok mamat ni.
Belum sempat Quinn bersuara, seorang menyampuk pula.
"Dah buta ke, cik adik?" wau sinisnya bunyi. Dia membuka mulut lagi tapi dihalang oleh satu suara sumbang antara mereka.
"Tak reti minta maaf ke? Dahlah langgar orang" ewah sesedap kaki kau je. Aku yang baru nak minta maaf ni tak jadi tau bhabi tul.
Aku bersuara tapi guni ni mencelah.!
"Dah takde suara ke hah?!" Quinn menutup telinga. Weh, dia jerit ah. Nasib suara maskulin. Kalau suara sajat, ei dah aku tendang bagi terbang.
Quinn yang tidak tahan itu membalas.
"Pertama sekali, korang yang menyemak kat tengah-tengah jalan ni. Aku lalu pun susah. Kedua pula, aku rasa kau yang buta kot. Aku yang besar-besar kat sini pun tak boleh nampak. Ketiga, aku nak minta maaf tadi, tapi takyah lah oleh kerana perangai korang yang hanat ni. Untuk soalan terakhir dari cik abang guni kita ni. Aku ada suara. See. Aku cakap dengan korang. Kalau aku tak cakap, dah lama aku buat bahasa isyarat" balas Quinn panjang lebar.
Mereka bagaikan terpempam dengan jawapanku. Quinn senyum herot.
Dia meneliti mereka berempat. Rambut mengalahkan apek, muka semua macam tapir terlepas dari zoo. Semua tinggi macam tiang. Baju pula ehm. Badboys.
"Kau kenal tak kau cakap dengan siapa sekarang ni?" guni itu berkata sinis. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Ingat macho ke. Tapi boleh sikit. Sikit je eh tak lebih.
Tak sekarang ni, aku tak kenal siapa dorang ni tho.
"Tak dan aku taknak tahu pun korang ni siapa. Dan aku tak peduli apa yang korang nak buat kat aku. Acah badboy konon. Menyampah aku!" kata Quinn menjeling mereka.
"Woi, perempuan. Kau cari masalah dengan orang yang salah lah, bodoh!"
Semua memandang ke arah kami tanpa bayaran. Ni kalau buat lakonan ni lulus terus dah ni.
"Ouh yeah. Terima kasih sajalah atas perkenalan korang yang tak seberapa. Dah tepi sana. Aku nak chau" Quinn mula membuka langkah seribu. Bilik pengetua sekolah ini dituju. Well, dia tiada masalah dengan sesat ataupun tidak. Dia sudah mengenali selok belok sekolah ini lebih awal lagi.
Kumpulan Badboys tersenyum dengan maksud yang tersirat dibibir.
"Nampaknya kita dah dapat target baru" dia berkata diikuti gelak tawa kawan-kawannya.
"Huru-hara lah minah ni weh"
"Dah lama aku tak buli orang ni"
"Haha aku tak tahu ayat aku apa"
•••
Bilik pengetua diketuk. Apabila arahan masuk didengar, Quinn segera masuk ke dalam. Datuknya, Tengku Heyden Evans itu dilihat sedang tekun menaip sesuatu dilaptop. Apa benda yang ditaip pun tidak diketahui.
"Atuk" panggil Quinn sopan. Tengku Heyden Evans mengangkat muka. Sebuah senyuman terhasil di raut wajahnya yang mula berkedut itu tetapi masih segak lagi pada pandangan Quinn. Tidak sia-sia dia menjadi cucu kepada datuknya.
"Aurora. Meh sini," Quinn datang dekat ke arah datuknya. Aurora hanya boleh dipanggil oleh golongan yang istimewa saja seperti keluarga dan rakan rapatnya.
"So, kelas Rora mana?" gadis itu bertanya terus. Malas berlama-lama dalam bilik pengetua. Takut nanti orang perasan akan itu. Kalau orang perasan, identitinya pasti terbongkar.
"Untuk kelas Rora, kelas Rora ialah 5 Vernate. Kelas Rora berada di tingkat tiga paling hujung. Kalau Rora tak faham, map ada dekat lif depan bilik atuk ni." Tengku Heyden Evans menerangkan kedudukan kelas Quinn. Dia hanya mengangguk faham.
"Okeylah, Rora nak keluar cari kelas," pengetua itu mengangguk. Sebelum keluar, sempat Quinn berkata.
"Atuk. Tolong rahsiakan identiti Rora eh. Rora taknak dorang tau Rora ni ada pangkat tengku dan cucu atuk. Boleh kan?" Tengku Heyden Evans hanya mengangguk tanda setuju. Sudah banyak kali dia menyuruh cucunya itu menampilkan diri sebagai gelaran tengku tetapi cucu perempuannya itu bangkang habis-habisan. Atas alasan yang tidak logik diguna pakai.
"Rora nak tengok reaksi dan pandangan dorang apabila berkawan dengan Rora. Dorang memang sudi berkawan ataupun tidak"
Itulah alasan yang sama yang dia dengar dari mulut Quinn Aurora.
Share this novel