Kring!
Alarm sekolah berteriak nyaring menandakan waktu rehat.
Semua pelajar berpusus-pusu keluar dari kelas untuk ke kafeteria. Kafe? Sekolah atuk tak buat kantin. Dia buat kafeteria ala-ala mewah gitu.
Quinn dan Harley keluar dari kelas. Lif dituju.
"Tak sangka aku, akhirnya aku dapat partner dalam kelas," Quinn pandang Harley. Pintu lif yang terbuka itu mereka masuk. Butang nombor 1 ditekan.
"Kenapa?"
"Takde siapa yang nak dekat dengan aku,"
"Eh? Begitu pula." Harley hanya mengangguk.
"Masa mula-mula aku jejak kaki sini, aku langsung tak tegur orang. Elyn dengan geng dia tu nak sangat kawan dengan aku. Well anak orang kaya katakan. Tapi aku tak layan dia. Aku kena cop sombong lepastu, dibenci pula oleh minah tu" Quinn ketawa.
"Hipokrit bhai. Aku memang dah blacklist dah nama Elyn untuk dijadikan kawan. Gedik nak mampus!" Harley mengangguk setuju dengan Quinn sebelum tawa mereka bersatu.
Pintu kafeteria dibuka. Semua mata memandang mereka berdua.
"Quinn mari duduk dengan kitorang!" satu suara lelaki bergema di dalam kafe itu. Quinn mengerutkan dahi apabila lelaki tadi selamba berlari ke arah dia dan menarik tangannya.
Quinn merentap kasar tangannya.
Belum sempat dia membuka mulut, satu suara datang dari sisi dia. Quinn pandang budak itu dengan kening terangkat. Semestinya budak itu juniornya kerana blazer yang dipakai berwarna cream cair.
"Akak, mari duduk dengan kami. Dekat je. Tu yang hujung tu." tempat ditunjuk budak lelaki itu Quinn pandang. Semua lelaki.
Belum sempat dia bersuara, sekali lagi ada orang menyampuk. Aih, tahan sajalah yang hati.
"Eh, budak. Aku dah cop Quinn dah. Kau blah sekarang!" gertak lelaki de sebelah kiriku.
"Taknak. Kami pun nak Quinn duduk sama dengan kami" balasnya berani. Mata mereka berdua merenung sesama sendiri dengan tajam.
Kedua-dua tangan Quinn ditarik dari arah bertentangan. Gadis itu terkejut.
Bagaimana kemasukannya sampai ke telinga semua pelajar tingkatan bawah rendah eh.
"Eh, korang dua ni. Lepaslah tangan Quinn tu. Dah nak tercabut dah aku tengok. Lepas sekarang!" Harley bersuara tegas. Namun tiada satu pun antara mereka mendengar.
"Ish, apani. Lepaslah tangan aku. Korang dua ingat aku ni tali main tarik-tarik?" dengan sekali rentapan kuat, tangan-tangan Quinn terselamat daripada cengkaman itu.
"M-minta ma-af Quinn. Kami cuma nak Quinn makan sama-sama dengan kami," budak yang berada di sebelah Quinn dipandang sebelum tersenyum lembut. Tangannya mendarat pada bahu budak itu.
"Nanti aku makan dengan korang eh. Tapi bukan hari ni. Kawan dah booked aku dah," Harley pandang Quinn yang mengangguk sikit.
"A'ah. Aku dah booked dia dulu. Kau boleh chau,"
Budak tadi berjalan dengan hampa ke arah meja makan rakan-rakannya. Sedikit hampa apabila Quinn menolak pelawaannya.
Quinn dan Harley mula mengambil dulang untuk mengambil makanan.
Lelaki tadi dibiarkan berdiri di depan pintu.
"Gila. Asal dorang tahu aku masuk harini?" tanya Quinn pelik. Dia duduk di meja makan bersama Harley.
"Kau tak tahu?" Quinn menggeleng. Harley menyeluk poketnya dan iPhone dikeluarkan.
Kemudian iPhone miliknya diberikan pada Quinn. Quinn menyambut tanpa banyak soal.
"Bacalah" matanya membulat terus.
?
Komen-komen juga turut gadis itu baca.
themawar cantiknya Quinn?? kalah t.elyn
am.amir @themawar kan ??
lin_ aku nampak dia. mata dia biru weh!!??
tengkumax makwe aku tu??
t.elynlerra i lagi cantik dari dia ??
"Cepatnya tersebar" Quinn mati kata. Langsung tidak diduga akan berita sebegitu.
"Haah. But ni lagi kau tak percaya"
"Apa tu?"
"Kau top 1 untuk Queen Sekolah tau. Kau tengok ni"
CARTA TERKINI QUEEN EVANS
1 Queen Aurora Asher
2 Tengku Elyn Lerra
3 Dayyan Sri Devron
4 Nurul Hani binti Dato' Harman
"What the heck?!" carta terkini Queen Evans itu Quinn tatap lama. Dia berada di tempat pertama, manakala Elyn berada di tempat kedua.
"Tak percaya en. Kau tengok. Beza markah kau denga Elyn tu satu je. Kau 99, Elyn pula 98," Quinn hanya mengangguk. Tak sampai satu hari namanya sudah cukup terkenal di situ.
Patutlah semua pandang dia masa mula melangkah ke dalam kafeteria.
CARTA TERKINI KING EVANS
1 Tengku Raven Dash
2 Tengku Noah
3 Tengku Leon Lee
4 Tengku Steven
Quinn memasamkan muka apabila melihat carta lelaki. Keempat-empat lelaki itu berjaya merebut tempat teratas King Evans.
"Menyampah aku dengan guni ni!"
"Apa kau kata tadi? Aku tak dengarlah" Quinn tersentak. Harley dipandang dengan sengihan.
"Takde apa"
Pap!
"Hey, budak baru!"
Meja Quinn dan Harley didatangi oleh sekumpulan pelajar perempuan.
Pelajar yang berada di kafe itu mula memerhatikan mereka.
"Ye, saya" Quinn tersenyum manis. Mereka menjeling Quinn tajam.
Spaghetti carbonara yang memenuhi dulang makanan selamat mendarat di kepala Quinn. Quinn terkesima. Dapat dia lihat Elyn tersenyum sinis. Elyn mengambil pula air sirap dari kawannya lalu ditumpahkan di atas kepalanya.
"Enjoy your meals. Erm, btw tu salam perkenalan dari aku dan kawan-kawan aku," usai Elyn berkata begitu, kawan-kawannya mengetawakan Quinn. Bukan mereka sahaja, malah satu kafe mengetawakan dia.
Quinn menunduk. Hanya menahan daripada air matanya jatuh.
"Woi. Kau ni dah melampau tau tak, Elyn!" Harley memarahi Elyn. Gadis itu hanya memandang sekilas sebelum kukunya dibelek-belek. Harley mengepal penumbuk.
"Ala, rileks lah. Aku gurau je" balas Elyn selamba. Quinn dipandang jijik.
"Tu, sebab kau ambil title Queen aku. Dah guys jom pergi. I tak selesa lah kat sini. Busuk sangat!" Elyn ketawa besar. Kumpulan mereka berlalu pergi dari kafe.
Quinn menundukkan kepalanya. Spaghetti yang elok di kepala terjatuh ke lantai.
Para lelaki mendekatinya.
"Quinn okey tak?"
"Are you okey, Quinn?"
"Weh, rambut kau!"
"Baju kau basah weh!"
"Meh aku bawa kau pergi bilik salinan"
Quinn angkat muka mencari suara itu. Dia terpandang satu figura lelaki yang tersengih malu apabila ramai lelaki pandang dia dengan tajam.
"I'm fine. Tak payah nak risau sangatlah. Thank you ambil berat" gadis itu tersenyum manis.
Tangan Harley dipegang dan mereka berlalu pergi.
Di tempat yang tidak berapa jauh dari tempat kejadian, empat pasang mata lelaki setia memerhati dua gadis itu.
"Aih, tak sangka ada orang buli dia terlebih dahulu," keluh Raven.
"Kau tak rasa makwe kau tu melampau ke buat macam tu. Kalau perempuan tu menangis macam mana?" soal Steve setia memerhati gadis yang sudah keluar dari kafe.
"Haah. Baru first day sekolah dah dapat hadiah dari Elyn," Noah menggeleng setuju dengan Steve.
Mereka pandang Leo yang senyap. Leo yang perasan diperhati itu mengangkat muka. Terhenti suapannya. Kening diangkat.
"Pe"
"Kau taknak cakap apa-apa ke?" soal Noah pelik.
Leo membuat muka.
"Cakap apa?"
"Makan je lah kau, bongok" Leo pandang Steve sebelum jari tengahnya diangkat. Steve balas.
"Bodoh!" jerit mereka serentak.
•••
"Kau betul-betul okey tak ni?" entah soalan yang ke berapa kali sudah Harley bertanya pada Quinn.
"Okey" balas Quinn ringkas.
Bilik persalinan Evans dituju. Loker berwarna silver dituju. Dia membuka loker dan mengeluarkan sepasang baju khas sekolah.
Nasib baik atuk menyediakan baju lebih untuknya sebelum dia bersekolah di sini. Betul apa sangkaannya apabila dia mendapat layanan istimewa dari Elyn tadi.
Harley hanya memerhati. Pelik. Gadis itu seperti sudah mengetahui selok belok sekolah ini. Buktinya, Quinn menarik tangannya keluar dari kafe terus ke bilik persalinan Evans.
"Dah sedia jadi famous, Quinn?" Quinn menoleh dengan kerutan di dahi.
"Famous?" gadis berambut hitam pekat itu tersengih.
"Haah. Harap kau sabar eh,"
Quinn berfikir. Kejadian spaghetti carbonara tadi muncul dalam ingatan. Kalau dia tahu benda ini jadi, baik dia bangkang habis nak sekolah kat sini. Huh, what a day duh!
•••
Share this novel