8 fight

Romance Series 3661

Sebulan telah berlalu dan gadis bermata biru itu masih bernafas bersekolah di Evans.

Selama dia bersekolah di situ, dia kerap diganggu dan dibuli oleh geng Raven dan geng Elyn.

Quinn pun tak faham apa yang best sangat dia dibuli ni.

Dan selama itu jugalah tablematenya aka Steve tidak habis-habis mencari pasal dengan dia. Contohnya, 1) menjatuhkan pencil case, 2) mengacau ketika membuat kerja sekolah, 3) menarik rambut, 4) mencuri dan membuang buku sehingga didenda.

Dan paling tak boleh blah mengarah orang.

"Weh, belikan aku air weh"

Bahu Quinn ditolak-tolak oleh orang sebelah. Quinn hanya mengabaikannya dan kembali membaca buku.

Steve masih lagi mengacau gadis itu. Jari telunjuknya mencucuk-cucuk lengan Quinn.

"Weh"

"Weh"

"Weh Quinn"

"Kau nak apa?!" soal Quinn geram. Bukunya dihentak kasar pada meja.

Steve tanpa riak berkata.

"Belikan aku air"

"Hee taknak aku. Kenapa kau suruh aku? Aku tengok kaki kau elok lagi tu" bantah Quinn.

"Aku lupalah. Ala, tolonglah aku" rayu Steve. Quinn ternganga. Dia merayu ke apa.

"Fine. Bak sini duit" gadis itu menghulurkan tangan.

"Guna duit kau lah"

Amboi banyak hensem muka kau. Lempang kang.

Quinn berdiri menarik perhatian rakan sekelasnya. Dia tersengih sebelum dengan selamba keluar daripada kelas dan menuju ke kantin.

Memandangkan kantin lebih dekat daripada kafeteria.

Quinn berjalan sambil memerhati suasana sekolah.

Akhirnya dia tiba di kantin sekolah. Senyuman diberikan pada pekerja di situ lalu satu botol air mineral diambil. Selepas baki diberikan, Quinn kembali ke kelas.

Sempat lagi dia membebel.

"Aih kenapalah aku kena satu meja dengan mamat tu. Dahlah poyo. Kerek nak mampus lagi. Lepastu, selamba badak je mengarah orang"

Dari jauh dia boleh melihat luar kelas dipenuhi pelajar-pelajar. Dahinya berkerut.

Kaki pantas dihalakan pada kelasnya.

Bunyi kecoh di dalam kelas seperti ada orang bergaduh. Quinn mengambil peluang untuk menyelit masuk ke dalam.

Dapat dia lihat beberapa pelajar lelaki yang terdiri daripada badboys, Elyn and empat pelajar lelaki yang tidak dikenalinya.

Keadaan kelas pada masa itu tunggang-langgang dengan meja kerusi semua terbalik.

Matanya bertembung dengan mata Raven. Banyak kesan lebam pada mata dan pipi. Begitu juga dengan kawannya lain.

Empat lagi pelajar yang tidak dikenalinya itu turut mendapat lebam yang sama.

Elyn berusaha menenangkan mereka. Muka jangan cakaplah. Cair makeup perempuan tu menangis.

"You sudahlah. Janganlah macam ni" badan Raven dipeluk sekaligus pergaduhan terhenti.

"Aku dah warning kau jangan kacau makwe aku!" marah Raven. Matanya kelihatan merah apabila marah.

"Woah. Bro, sejak bila aku kacau makwe kau? Kenapa kau tak tanya dia sendiri yang dia kacau aku dulu" balas lelaki itu. Elyn yang menangis itu dipandang.

Raven turut memandang gadis itu.

"No, manada. I tak pernah kacau you. You yang kacau I dulu" balas Elyn tidak memandang wajah lelaki itu.

Lelaki itu kelihatan bengang. Dia menyeluk poket seluar dan sebuah smartphone ditayangkan pada mereka.

"Ouh ni apa bende sial? Siapa kacau siapa dulu?! Aku atau kau?!" jerkah lelaki itu.

Video berdurasi 15 saat itu ditunjukkan pada Raven. Raven mengetap bibir. Kolar baju lelaki itu dicengkam erat.

"Kau--"

"What is going on here?" guru disiplin masuk bersama guru kelas 5 Vernate.

Suasana kelas terdiam. Guru disiplin itu memandang ke arah sekumpulan pelajar yang bergaduh tadi.

"Sembilan orang dekat situ, ikut saya sekarang!" siapa je tak kenal guru disiplin ini. Cikgu Moktar yang dikenali dan sememangnya digeruni di Evans.

Kesembilan pelajar tadi keluar dari kelas.

Quinn tersengih.

"Padan muka. Gaduh lagi"

"Quinn Aurora. Kamu juga ikut saya"

•••

"Apa nak jadi dengan kamu berlapan ni. Bergaduh dalam kelas. Motif? Pasal perempuan je!" marah Cikgu Moktar.

"Cikgu boleh tanya lelaki ni. Dia yang datang kelas kitorang tiba-tiba" suara Leo kedengaran. Matanya menjeling ke arah pihak musuh.

"Memandai kau je. Kau yang tumbuk kitorang dulu tadi!" marah pihak lawannya.

"Kau--"

"Diam! Kamu berlapan akan kena denda. Termasuk kamu berdua Quinn dan Elyn"

Quinn dan Elyn terkejut.

"What?!"

"Cikgu, I tak salah apa-apa pun, cikgu. Kenapa kena denda I juga?" soal Elyn separuh merengek.

Quinn di sebelah membuat muka toya.

"Gedik!" bisiknya mendapat jelingan gadis itu.

"Diamlah!"

"You punca utama kenapa mereka bergaduh" balas Cikgu Moktar selamba.

"Cikgu. Saya tak buat apa-apa salah pun. Kenapa saya kena ikut semua tenuk ni?" Quinn memandang guru disiplin itu.

"Kamu betul tak buat apa-apa kesalahan?" Quinn mengangguk sungguh-sungguh.

"Kesalahan kau keluar kelas sedangkan kelas dah mula pdp" Steve berkata.

"Betul tu. Kenapa keluar kelas tanpa kebenaran guru?"

"Eh? Tapi Steve-"

"Saya taknak dengar sebarang alasan. Denda tetap denda"

"Apa-apa je lah. Cikgu nak denda apa lagi kali ni?"

//aku failed buat chapter ni//

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience